Selasa 01 Disember 2015 - YB Radzi Zainon telah meluangkan masa menziarahi tiga pesakit di Hospital Raja Perempuan Bainun pagi tadi. Mereka merupakan masyarakat setempat di DUN Sg Rapat. Pesakit berkenaan ialah Mohd Fadzil bin Shamsuddin (Wad 3A), En. Abdul Razak bin Ismail (Wad 5B) dan En Rosli bin Ahmad (Wad 5B). YB Radzi juga telah menyampaikan sumbangan peribadi kepada pesakit-pesakit tersebut. Didoakan semua pesakit berkenaan mendapat kesembuhan secepat mungkin. Hadir sama Ketua Pemuda PAS Kawasan Gopeng serta Dewan Muslimat PAS Kawasan Gopeng.

Tuesday, December 1, 2015
Monday, November 30, 2015
Edar Kalendar 2016 di Pasar Malam Taman Seri Rapat
Khamis 26 Nov 2015 - YB Radzi bin Zainon telah turun padang mengedarkan kalendar tahun 2016 Pusat Khidmat Masyarakat di Pasar Malam Taman Seri Rapat. Program bermula seawal jam 5.30 petang. Turut hadir Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng dan Unit Amal.
Monday, November 23, 2015
Sidang DUN Ketiga, Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga



Selasa 17 Nov 2015 - Hari pertama Sidang DUN Ketiga, Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga menyaksikan sesi soal-jawab dan pembentangan Bajet oleh YAB Menteri Besar. Kesemua ADUN PAS telah bangun dalam sesi soal-jawab tersebut untuk mendapatkan penjelasan kepada jawapan pihak kerajaan. Bajet yang dibentangkan kali ini umumnya tiada banyak perbezaan. Mesyuarat ditangguhkan pada kira-kira jam 1.00 tengahari. Kami sempat melawat pameran produk agro dan juga pameran seni selepas jamuan makan tengahari.
Monday, November 9, 2015
Penyampaian bantuan kepada masyarakat India
Khamis 5 Nov 2015 - Bersempena sambutan Deepavali tahun ini, YB Radzi Zainon telah menyampaikan bantuan berupa barangan dapur kepada masyarakat India yang telah dipilih di sekitar Taman Song Choon. Seramai 10 penerima telah menerima bantuan tersebut.
Tinjauan kawasan banjir di Batu Gajah
Khamis 5 November 2015 - YB Radzi Zainon telah meninjau kawasan yang telah ditimpa banjir baru-baru ini. Antaranya, Kampung Pisang, Kampung Seri Jaya, MTD Kampung Baru dan Lembah Permai. YB Radzi Zainon juga turun sendiri melihat kawasan yang menjadi punca banjir tersebut. Turut hadir, Penghulu Kanan Daerah Kinta, Encik Zulkhalil bin Ahmad Razai, Kaunselor MDBG, Encik Ahmad Hamdi bin Haji Hassan serta Ketua Kampung Pisang, Haji Mohd Ruah. YB Radzi telah diberi taklimat oleh Penghulu Kanan tersebut mengenai penambaikan sistem perparitan yang akan dilakukan oleh pihak MDBG dalam masa terdekat. YB Radzi mengucapkan ribuan terima kasih kepada individu-individu yang membantu sewaktu banjir tersebut berlaku.
Wednesday, November 4, 2015
Kuliah Maghrib Di Surau Taman Kinta Perdana
Isnin 2 Nov 2015 - Surau Taman Kinta Perdana telah menjemput YB Radzi Zainon menyampaikan kuliah Maghrib di surau berkenaan.
Thursday, October 29, 2015
Majlis Tilawah Al-Quran & Pertandingan Nasyid Jabatan Kebajikan Masyarakat ke 41
Rabu 28 Okt 2015 - Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menganjurkan Majlis Tilawah Al-Quran & Pertandingan Nasyid ke 41 yang diadakan di Dewan Seri Iskandar, UiTM Seri Iskandar, Perak. YB Radzi bin Zainon telah dijemput ke majlis tersebut. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato' Seri Rohani Abdul Karim (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat). Hadir sama, YB Datuk Rusnah Kassim selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan, Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak, YB Haji Abu Bakar Hussin (Titi Serong), YB Mohd Zawawi (Semanggol), YB Haji Husin Din (Selinsing) dan YB Dato' Nasharuddin Hashim (Bota). Majlis berakhir dengan penyampaian cenderahati kepada para peserta.
![]() |
Dari kiri : YB Husin Din, YB Mohd Zawawi, YB Radzi, YB Abu Bakar & YB Dato' Nasharudin |
Thursday, October 22, 2015
Ziarah Hospital Raja Perempuan Bainun
Rabu 21 Oktober 2015 - YB Radzi Zainon bersama wakil-wakil rakyat pembangkang telah menghadiri pemeriksaan perubatan percuma dan berkala di Hospital Raja Perempuan Bainun, Ipoh. Disamping itu juga, wakil-wakil rakyat pembangkang telah meziarahi serta menyantuni pesakit-pesakit di sekitar Wad 8C, Tingkat 8 HRPB. Antara wakil rakyat yang hadir ialah YB Mohd Zawawi Abu Hassan dan YB Haji Husin Din.
![]() |
YB Radzi, YB Mohd Zawawi & YB Hj Husin Din menziarahi pesakit di HRPB |
Monday, October 12, 2015
Pelancaran Produk Muslim di Kg Hujung Tanjung, Lubuk Merbau
Rabu 7 Okt 2015 - YB Radzi Zainon telah menghadiri majlis pelancaran produk muslim di Surau Kg Hujung Tanjung, Lubuk Merbau, Perak bersama AF Ustaz Radhi Kamarul Hailan. YB Radzi merupakan aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Disamping itu, Ustaz Radhi Kamarul Hailan juga terlibat dengan program Tahsinul Qiraah (memperelokkan bacaan rukun Qauli) di majlis berkenaan. Hadir sama di majlis berkenaan ialah Ketua Kampung Hujung Tanjung.
Menghadiri Walimatul Urus di Kampung Seri Rahmat
Thursday, October 8, 2015
Temuramah oleh pelajar USM Pulau Pinang
Rabu 7 Okt 2015 - Mohd Syarull Azlan Nor pelajar USM Pulau Pinang menemuramah YB Radzi Zainon dan Mejar (B) Yakub Yasin berkaitan kemenangan PAS di DUN Sg Rapat pada PRU13 yang lalu. Beliau merupakan pelajar jurusan Sains Politik tahun akhir di USM Pulau Pinang.
Monday, October 5, 2015
Ziarah Kematian
Selasa 29 Sept 2015 - YB Radzi Zainon telah meluangkan masa menziarahi Imam Ridzwan (Taman Song Choon) atas pemergian isteri beliau. Jenazah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kg Melayu Sg Rapat. Al-Fatihah.
Wednesday, September 30, 2015
Salam Aidil Adha 1436H
Khamis 24 Sept 2015 - Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sg Rapat telah menganjurkan majlis ibadah korban di Taman Lapangan Jaya. Sebanyak 3 ekor lembu dikorbankan pada majlis tersebut. YB Radzi Zainon turut serta dalam majlis tersebut dan menyampaikan daging korban tersebut kepada penduduk setempat dan individu yang layak menerimanya. Hadir sama, Pengerusi Penduduk Taman Lapangan Jaya dan Ketua Pemuda PAS Gopeng.
Monday, September 21, 2015
Menziarahi mendiang Datin Seri Leong Wan Chin di Jalan Gopeng (Taiko Groups)
18 Sept 2015 (Jumaat) - YB Radzi Zainon telah meluangkan masa menziarahi mendiang Datin Seri Leong Wan Chin ibu kepada Tan Sri Dato' Seri Lee Oi Hian (Taiko Groups of Companies) di kediaman beliau di Jalan Gopeng.
Kampung Baru MTD, Batu Gajah
17 Sept 2015 (Khamis) - YB Radzi Zainon telah meluangkan masa menyantuni masyarakat Cina di Kampung Baru MTD, Batu Gajah serta telah menyampaikan sumbangan kepada beberapa penduduk di sana. Di kesempatan itu juga YB Radzi telah melawat kawasan lanskap yang diubahsuai oleh penduduk setempat.
Santai Sarapan bersama YB Radzi Zainon
17 Sept 2015 (Khamis) - Pusat Khidmat Masyarakat Batu Gajah telah menganjurkan program Santai Sarapan bersama YB Radzi Zainon di Pasar Awam Batu Gajah. Program bermula seawal jam 9.00 pagi. Orang ramai bersarapan pagi bersama YB Radzi Zainon sambil meminta khidmat nasihat daripada YB Radzi. Sarapan pagi ini telah disumbangkan oleh Lajnah Kebajikan PAS Batu Gajah. Antara menu yang disajikan ialah nasi lemak daun pisang, char kuew teow, kuih-muih serta minuman. Hadir sama, TYDP PAS Batu Gajah, Tuan Haji Zainuddin serta Dewan Muslimat Pengkalan Pegoh. Program berakhir sekitar jam 11.00 pagi.
Tuesday, September 15, 2015
Ziarah pesakit di KPJ Ipoh
15 Sept 2015 (Selasa) - YB Radzi Zainon telah meluangkan masa menziarahi kakak kepada Sdr. Anuar Ibrahim di wad HDU KPJ Ipoh. Alhamdulillah, kesihatan beliau bertambah pulih. Hadir sama, Mejar (B) Yakub Yasin.
Monday, September 14, 2015
Lawatan ke Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA)
Isnin 14 Sept 2015 - YB Radzi Zainon telah mengadakan lawatan ke Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah. Pelbagai perkara dibincangkan dengan pihak DCA yang diwakili oleh Pengurus DCA, En. Jamaluddin. YB Radzi juga merupakan JK MMK Pengangkutan Awam Negeri Perak. Hadir sama, Pengurus Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) En. Mohd Ali. Lawatan diakhiri dengan meninjau Menara Kawalan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah.
![]() |
YB Radzi berbincang dengan Pengurus DCA dan Pengurus MAHB |
![]() |
YB Radzi dibawa meninjau menara kawalan |
Subscribe to:
Posts (Atom)