Friday, January 2, 2015

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2015 & SALAM MAULIDUR RASUL 1436H



SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2015
&
SALAM MAULIDUR RASUL 1436H

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua masyarakat terutamanya di DUN Sungai Rapat. Di doakan anda semua berada di dalam keadaan sihat dan sejahtera di samping keluarga tercinta. Pertamanya, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2015 Masihi dan selamat kembali ke alam persekolahan kepada anak – anak yang bermula pada 12 Januari 2015 serta Salam Maulidur Rasul 1436H.




Tahun 2015 juga menyaksikan kerajaan persekutuan yang ditadbir oleh Barisan Nasional akan melaksanakan cukai GST bermula April 2015 dan dijangkakan kenaikan harga barangan akan terus meningkat. Baru – baru ini kerajaan persekutuan juga telah menaikkan harga petrol dan diesel sekaligus telah menyebabkan tekanan kepada rakyat. Saya berharap para ibu bapa dapat bersabar dengan tekanan daripada kerajaan persekutuan di atas kesempitan kewangan terutamanya menjelang pembukaan sesi persekolahan anak – anak. Pakatan Rakyat terutamanya PAS amat prihatin dengan masalah ini dan akan terus membantu masyarakat sedaya yang mungkin.



Saya juga ingin menyentuh sedikit berkaitan dengan penjawat awam yang merupakan nadi dan tulang belakang kepada kejayaan sesebuah negeri dan negara. Ini kerana para penjawat awam lah yang menguruskan hal ehwal masyarakat negeri dan negara kita. Justeru itu, diharapkan para penjawat awam di negeri Perak khususnya menjadi insan yang terbaik untuk kebaikan dan manfaat kepada sesiapa sahaja. Saya juga ingin merakamkan rasa dukacita dan salam takziah terhadap mangsa-mangsa banjir yang telah melanda negara kita baru-baru ini. Semoga tabah dan sabar dalam menghadapi ujian daripada Allah SWT ini.



Bersempena semangat tahun baru masihi ini, saya berharap masyarakat semua akan terus berubah dan tetap memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat supaya dapat mentadbir kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Perak menjelang Pilihanraya Umum ke 14 yang dijangka akan berlangsung sekitar lagi dua tahun dari sekarang. Pakatan Rakyat optimis untuk terus membantu rakyat terutamanya dari segi sosio ekonomi, pendidikan dan sebagainya. Saya menyeru kepada semua lapisan masyarakat, jadikan tahun 2015 ini sebagai pemangkin kepada perubahan pentadbiran di peringkat negeri dan persekutuan agar Pakatan Rakyat dapat meneruskan agenda membantu rakyat.



Akhir sekali, sekali lagi saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2015 Masihi kepada seluruh lapisan masyarakat terutamanya di DUN Sungai Rapat serta Salam Maulidur Rasul 1436H dan selamat kembali ke alam persekolahan kepada anak – anak sekalian. Rakyat Sepakat Perak Berkat.





Radzi bin Zainon

Ahli Dewan Undangan Negeri Perak (PAS) DUN Sungai Rapat N43



http://wartasgrapat.blogspot.com/

FB : Radzi Zainon Official

No comments: