Wednesday, April 8, 2015
Tuesday, April 7, 2015
Petikan kenyataan media YB Radzi Zainon dari HarakahDaily : Perang dunia ketiga kerana krisis air ?
Ipoh : Kajian di peringkat antarabangsa menjangkakan krisis perebutan air adalah menjadi pencetus kepada peperangan dunia ketiga.
ADUN Sg Rapat, YB Radzi Zainon berkata, peperangan tersebut dijangka berlaku pada tahun 2060 khususnya merujuk kepada negara-negara yang telah melakukan banyak kerosakan alam sekitar termasuklah penebangan hutan dan sebagainya.
" Kajian antarabangsa khususnya negara-negara yang mengalami krisis alam adalah menjadi punca kepada berlakunya peperangan dunia ketiga yang dijangkakan akan berlaku pada tahun 2060. Oleh yang demikian, kita perlu berusaha memastikan alam sekitar di negara khususnya di negeri ini dapat dikawal dan dijaga dengan baik," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih Titah Ucapan Perasmian Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Dewan Negeri Perak semalam.
YB Radzi menjelaskan, kerisauan ini menunjukkan bahawa alam yang dikurniakan Allah ini merupakan alam yang memberikan khidmat kepada manusia.
Sebagai usaha mengatasi gejala pencemaran alam, beliau telah membangkitkan cadangan mewujudkan Indeks Pencemaran Alam Sekitar dalam persidangan sebelum ini. Namun katanya, maklumat yang diperolehi oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati ia masih belum diwujudkan oleh Kerajaan Negeri Perak dibawah pemerintahan Menteri Besar Dato' Dr. Zambry Abd. Kadir.
" Walaupun ia belum diwujudkan saya mengharapkan agar Jabatan Alam Sekitar mengambil langkah yang proaktif untuk mewujudkannya sesegera yang mungkin. Indeks tersebut sangat penting sebagai indikator terhadap tahap pencemaran yang berlaku di mana-mana terutama di negeri ini, " jelasnya lagi.
Beliau menyatakan, berdasarkan maklumat yang dibekalkan oleh JAS kepadanya berkaitan pencemaran alam yang berlaku di dalam negeri Perak daripada tahun 2005 hingga bulan Oktober 2014, purata mendapati hampir setiap tahun lebih daripada 500 kes telah dicatatkan.
Tambahnya, Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 sedikit sebanyak telah menjadi benteng kepada kelestarian alam daripada pelaku-pelaku yang tidak bertanggungjawab.
" Saya melahirkan rasa syukur apabila masih ada agensi-agensi kerajaan yang telah bertindak memberi kerjasama kepada JAS bagi memastikan kelestarian alam sekitar tempat hidup dan dihuni oleh manusia dapat dikekalkan, " katanya lagi. - HARAKAHDAILY 3/4/2015
Monday, April 6, 2015
Salam takziah buat keluarga Dato' Seri Anwar Ibrahim
YB Radzi bin Zainon merakamkan salam takziah buat keluarga Dato' Seri Anwar Ibrahim di atas pemergian ayahanda tercinta Almarhum Datuk Ibrahim Abdul Rahman. Almarhum menghembuskan nafas terakhir jam 1.45 pagi dan telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Sg Ramal, Kajang, Selangor. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.
Salam Takziah kepada mangsa nahas helikopter
YB Radzi bin Zainon menzahirkan salam takziah kepada seluruh keluarga mangsa nahas helikopter terhempas di Semenyih Sabtu lalu. Antaranya Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, Datuk Azlin Alias, Datuk Robert Tan, Kapten Clifford William Fournier, Razakan B Seran dan Aidana Baizieva. Walaupun YB Radzi Zainon tidak mengenali secara dekat mereka semua, tetapi YB Radzi Zainon merasakan pemergian mereka semua terutamanya Tan Sri Jamaluddin Jarjis satu kehilangan besar buat negara. Al-Fatihah....
![]() |
| Dari kanan : Datuk Azlin Alias dan Tan Sri Jamaluddin Jarjis bergambar bersama beberapa jam sebelum nahas |
Monday, March 30, 2015
Walimah anakanda Tuan Haji Azlan
Sabtu 28 Mac 2015 - Alhamdulillah, YB Radzi Zainon dan isterinya, Pn. Hafiza Mohd Helmi meluangkan waktu menziarahi dan menghadiri kenduri walimah anak Tn Hj Mohammad Azlan Jamaluddin (AJK PAS Kawasan Gopeng) kelmarin di Dewan Pusat Latihan Polis, berdekatan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh. Anak angkatnya, Nazurah binti Ismail telah selamat dinikahkan dengan Saiful Ariff bin Rosli. Moga rumahtangga yang didirikan akan berkekalan dengan izinNya.
![]() |
| Tn Hj Azlan menyambut YB Radzi |
![]() |
| YB Radzi bersama kumpulan Al-Ridha dari Temoh |
![]() |
| Tn Hj Azlan bersama isteri bergambar kenangan bersama YB Radzi & isteri |
Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Perak
Ahad 29 Mac 2015 - YB Radzi Zainon menghadiri Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Perak yang diadakan di Hotel Casuarina @ Meru. Kelihatan YB Zawawi (ADUN Semanggol) dan YB Husin Din (ADUN Selinsing) turut hadir bersama-sama. Perasmian tilawah telah disempurnakan oleh YB Dato' Drs. Mohd Nizar Zakaria mewakili Dato Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Perak.
![]() |
| Kumpulan Nasyid dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Azlan Shah, Bota, Perak |
![]() |
| YB Radzi Zainon, YB Husin Din dan YB Zawawi |
Walimah di RPT Kg Seri Rahmat
Sabtu 28 Mac 2015 - YB Radzi menziarahi dan menghadiri kenduri walimah anak Tn Hj Amiruddin di RPT Kg. Seri Rahmat semalam.
![]() |
| Pengantin bergambar kenangan bersama YB Radzi Zainon |
Anaknya, Mohamad bin Amiruddin telah selamat dinikahkan dengan Noor Fadzilah bt. Hashim, iaitu rakan sepejabatnya. Moga rumahtangga yang didirikan akan berkekalan dengan izinNya.
![]() |
| YB Radzi Zainon bersama anggota Unit Amal PAS Kawasan Gopeng |
YB Radzi sempat singgah di gerai air tebu mantan ahli pemuda Kg. Seri Rahmat sekembali dari kenduri di rumah Tn Hj Amiruddin
Ziarah mangsa ribut di Kg Seri Jaya, Batu Gajah
Kg Seri Jaya, Bt Gajah - 30 Mac 2015
YB Radzi Zainon menjengok bengkel kereta En Ahmad Dudin, AJK PAS Cawangan Seri Jaya yang dilanda ribut petang semalam sehingga menerbangkan sebahagian bumbung bengkelnya.
Beliau juga sempat bertanya khabar dan berbincang dengan En Ahmad Dudin dan pekerja bengkel ini khususnya perkembangan perniagaan dan masalah-masalah yang dihadapi.
Saf Kepimpinan Dewan Pemuda PAS Gopeng 2015-2017
YB Radzi bin Zainon mengucapkan tahniah kepada saf kepimpinan Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng yang baru dilantik semasa Mesyuarat Agong DPPK Gopeng pada 29 Mac 2015 (Ahad) yang telah berlangsung di ILHAM. Semoga saf kepimpinan yang baru dilantik ini dapat memainkan peranan yang penting dalam merencana anak - anak muda di kawasan Gopeng ini. Mesyuarat Agong tersebut telah dirasmikan oleh AF Ust Anuar Morat (Exco PAS Negeri Perak). Turut hadir, YDP PAS Gopeng, Tn. Hj. Abd Rahim bin Md Arif. Berikut merupakan saf kepimpinan Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng sesi 2015-2017 :
Ketua Pemuda : Ust. Rusdi bin Zainal Abidin (Majoriti 15 undi)
Timb. Ketua Pemuda : Sdr. Shahri Ab Wahab (Majoriti 8 undi)
Naib Ketua Pemuda : Sdr. Erilzuddin bin Mohd Amir (Menang tanpa bertanding)
AJK : Sdr. Hazimin bin Basah
Sdr. Muhammad Fitri bin Kamallullil
Sdr. Mukmin bin Osman
Sdr. Mohd Farhan Afif bin Zulkifli
Sdr. Nazrin bin Mohd Yusop
Sdr. Ahmad Rasyidi bin Mohammad Ali
Sdr. Najib
Sdr. Mohd Haizal bin Zulkifli
Pemeriksa kira - kira : 1) YM Raja Mohd Yusof bin Raja Hamid
2) Sdr. Nadzrul Rizal bin Sirajuddin
Friday, March 27, 2015
Majlis tahnik dan cukur jambul di Rapat Setia
Alhamdulillah, YB Radzi Zainon, ADUN Sg. Rapat berkesempatan menghadiri majlis cukur jambul dan tahnik anak pertama Saudara Nor Khairi Normukhadimaimin di rumahnya di Rapat Setia pagi ini.
Nor Khairi dan isterinya, ibu kepada bayi bertuah ini, Roziela Rahman mengucapkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah kerana dianugerahkan anak sulong ini yang sihat dan sempurna sifatnya lebih-lebih lagi dapat ditahnikkan ketika pada hari Jumaat sempena tujuh hari kelahirannya.
![]() |
| YB Radzi sedang memangku puteri Nur Insyirah Sofia |
Bonda Nor Khairi, Cikgu Norazmah Abdul Aziz yang bekerja di Sek. Keb. Rapat Setia sebagai Guru Besar kelihatan begitu gembira menyambut kelahiran cucu sulong dari perkahwinan anak tunggalnya ini. Bapanya yang mula memasuki alam persaraan dari pasukan polis pula kelihatan sangat teruja apabila dapat menimang cucu pertama ini yang diberi nama Nur Insyirah Sofia yang membawa maksud "cahaya kegembiraan yang menawan".
Anak comel ini selamat dilahirkan tanggal 30 Jamadil Awal 1436 bersamaan 21 Mac 2015 di KPJ Ipoh, iaitu tempat ayahnya bekerja.
TAHNIAH DARIPADA YB RADZI ZAINON !
Tuesday, March 24, 2015
Majlis Mesyuarat Jawatankuasa Kerajaan Negeri (MMK) Pengangkutan Awam
Monday, March 23, 2015
Tahniah YB Ahmad Fathan Mahmood
Mabruk....YB Radzi Zainon mengucapkan tahniah di atas kemenangan YB Ahmad Fathan Mahmood kerana telah mengekalkan kerusi DUN Chempaka pada PRK semalam (22 Mac) selepas kemangkatan Almarhum TG Nik Abd Aziz pada Februari lalu.
Berikut merupakan laporan kemenangan YB Ahmad Fathan Mahmood :
Keputusan itu menunjukkan peningkatan lebih 3,500 undi majoriti berbanding pilihan raya umum lalu.
Penambahan majoriti itu dipercayai berlaku ekoran BN tidak meletakkan calonnya dalam pilihan raya kecil DUN itu.
PAS diwakili ustaz mudanya Ahmad Fathan Mahmood, 42.
Empat calon bebas terdiri daripada bekas pensyarah Izat Bukhary Ismail Bukhary, 48; bekas Naib Presiden PERKASA Kelantan Sharif Mahmood, 59; Yang Dipertua Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang Fadzillah Hussin, 55, dan ahli perniagaan Aslah Mamat, 64.
Fathan mendapat 10,899 undi manakala calon bebas tidak memberikan banyak saingan dengan Fadzillah mendapat 89
undi, Izat Bukhary (51 undi), Aslah (27 undi) dan Sharif (807
undi).
Undi rosak sebanyak 140 undi.
Seramai 12,013 layak memilih dalam pilihan raya kecil ini. Peratusan keluar mengundi direkod sebanyak 55 peratus.
PAS daripada awal dilihat berdepan laluan mudah dalam persaingan lima penjuru dengan calon-calon bebas.
Pilihan raya kecil ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, 84, pada 12 Februari lepas akibat barah prostat.
Solidariti bersama Nurul Ilham Anwar di Pekan Razaki
![]() |
| Barisan penceramah dan kepimpinan |
Ahad 22 Mac 2015 - Satu ceramah Solidariti DSAI telah diadakan di Pekan Razaki, Ipoh. YB Radzi Zainon merupakan salah seorang penceramah yang dijemput untuk memberi ceramah berkaitan kezaliman yang telah dilakukan oleh rejim UMNO/BN terhadap DSAI dan rakyat Malaysia.
Penceramah lain yang turut serta dalam majlis tersebut ialah, YB Dato' Johari Abdul (Ahli Parlimen Sg Petani), YB Dr Lee Boon Chye (Ahli Parlimen Gopeng), Puan Nurul Ilham Anwar (Puteri DSAI), Dr Muhammad Nur Manuty (Pengerusi PKR Perak), Puan Fathmawaty Salim (Ketua Wanita PKR Perak), Puan Siti Aishah Shaik Ismail (Ketua Penerangan PKR Perak) dan Sdr. Anuar Zakaria (S/U PKR Perak).
![]() |
| YB Radzi sedang menyampaikan ceramah |
Majlis tersebut dipengerusikan oleh Sdr. Ahmad Tarmizi dan dimula dengan bacaan doa oleh Cikgu Ali (Ketua Cawangan PAS Sg Rokam/Pekan Razaki). Dalam ceramah tersebut, YB Radzi Zainon menekankan isu kezaliman penahanan 13 Orang Kena Zalim (OKZ) yang di penjarakan selama 10 bulan dan juga isu berkaitan keborosan Najib Razak dan Rosmah Mansor sehinggakan rakyat menderita kesusahan. YB Radzi juga menekan isu GST yang menghimpit kehidupan rakyat yang akan dilaksanakan pada 1 April ini oleh rejim UMNO/BN.
![]() |
| Ratusan hadirin yang hadir |
Sesi ceramah tersebut telah mendapat sokongan dan sambutan yang baik dan dianggarkan ratusan orang telah hadir di majlis Solidariti DSAI berkenaan.
Ziarah isteri Mejar (B) Yakub
YB Radzi Zainon telah menziarahi isteri Mejar (B) Yakub yang dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun kerana mengalami masalah keretak tulang selepas jatuh di rumah. Turut sama menziarahi, isteri YB Radzi serta anak-anak beliau. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan Mejar (B) Yakub.
Subscribe to:
Posts (Atom)



































