Friday, March 27, 2015

Majlis tahnik dan cukur jambul di Rapat Setia

Alhamdulillah, YB Radzi Zainon, ADUN Sg. Rapat berkesempatan menghadiri majlis cukur jambul dan tahnik anak pertama Saudara Nor Khairi Normukhadimaimin di rumahnya di Rapat Setia pagi ini.

Nor Khairi dan isterinya, ibu kepada bayi bertuah ini, Roziela Rahman mengucapkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah kerana dianugerahkan anak sulong ini yang sihat dan sempurna sifatnya lebih-lebih lagi dapat ditahnikkan ketika pada hari Jumaat sempena tujuh hari kelahirannya.
YB Radzi sedang memangku puteri Nur Insyirah Sofia
Bonda Nor Khairi, Cikgu Norazmah Abdul Aziz yang bekerja di Sek. Keb. Rapat Setia sebagai Guru Besar kelihatan begitu gembira menyambut kelahiran cucu sulong dari perkahwinan anak tunggalnya ini. Bapanya yang mula memasuki alam persaraan dari pasukan polis pula kelihatan sangat teruja apabila dapat menimang cucu pertama ini yang diberi nama Nur Insyirah Sofia yang membawa maksud "cahaya kegembiraan yang menawan". 

Anak comel ini selamat dilahirkan tanggal 30 Jamadil Awal 1436 bersamaan 21 Mac 2015 di KPJ Ipoh, iaitu tempat ayahnya bekerja. 

TAHNIAH DARIPADA YB RADZI ZAINON !

No comments: