Saturday, September 27, 2008

Pusat Khidmat Masyarakat Dun Sg Rapat bersama Ketua-ketua kampung


Satu majlis perjumpaan antara Ketua-ketua Kampung di kawasan DUN Sungai Rapat dan Badan Khidmat Komuniti Dun Sungai Rapat, telah diadakan di bilik Mesyuarat Dewan Ahmad Said Sungai Rokam Ipoh malam kelmarin.

Majlis yang dipengerusikan oleh Cikgu Zaizi yang bermula pada jam 5 petang , telah mempersilakan Pengerusi Khidmat Komuniti Dun Sungai Rapat, Saudara Radhi Zainon menyampaikan ucapan alu-aluannya.
Radhi telah menjelaskan fungsi sebenar Khidmat Komuniti sebagai penyelaras dan pembantu kepada tugasan Ketua- Ketua Kampung. Beliau berharap benar agar mendapat kerjasama yang semaksima mungkin daripada Ketua-Ketua Kampung dikawasannya itu bagi memudahkan segala urusan berhubung kebajikan rakyat di kawasan tersebut.
Beliau mengucapkan tahniah diatas pelaksanaan kerja yang baik yang sedang dilakukan oleh Ketua-Ketua Kampung walupun baru sahaja memegang tugas tersebut.
Turut berucap dalam perjumpaan tersebut ialah Yang DiPertua PAS Kawasan Gopeng, Tn Hj Rahim mat Ariff.Beliau menekankan perlunya petugas-petugas dibawah Pakatan Rakyat ini membuktikan kesungguhan mereka melaksanakan tanggung jawab yang diberikan demi parti dan agama.
“Walaupun dengan alauns RM200, tuan-tuan sanggup memikul tugas yang sukar ini kerana wang ringgit bukan menjadi tujuan tuan-tuan semua,” katanya.
“Buktikan kita dapat memberikan khidmat kepada masyarakat dengan lebih baik dari mereka yang sebelum ini,” kata beliau.
Majlis yang disertakan dengan sessi soal jawab telah ditangguhkan untuk berbuka puasa dan solat Maghrib.Mereka bersurai selepas melakukan solat Tarawih berjemaah yang diimami oleh Radhi di Dewan Mesyuarat tersebut.

No comments: