Tuesday, February 19, 2008

Lawatan ke rumah fakir miskin di sekitar Dun Sg Rapat.



















Dalam lawatan Sdr. Radzi Zainon bersama Unit Amal ke sekitar kawasan Gopeng baru-baru ini, kita telah mendapati sebenarnya masih ramai lagi penduduk-penduduk yang berada pada tahap kemiskinan tegar.

Ini terbukti apabila kami turun ke padang bertemu dengan mereka secara peribadi. Banyak masalah-masalah telah dikemukakan oleh golongan marhean ini yang tidak mendapat pembelaan sewajarnya dari pimpinan setempat.

Dalam lawatan berkenaan, Sdr. Radzi telah menghulurkan bantuan keperluan dapur yang asas seperti beras, tepung, gula dan lain-lain.

Ternyata apabila kita mendengar dan mengambil berat segala permasalahan mereka, akan menimbulkan keinsafan bahawa rupa-rupanya masih ada insan yang hidup serba daif, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang berhampiran dengan tempat tinggal kita sendiri.

No comments: