Wednesday, December 9, 2009

Isu royalti petroleum; apa perkaitan dengan rakyat Perak?

Isu royalti petroleum; apa perkaitan dengan rakyat Perak?

Dalam kehangatan rakyat Kelantan mempertahankan hak mereka berkaitan dengan royalti petroleum, rakyat Perak mungkin ada yang kurang jelas, kurang mengambil tahu atau tidak merasakan kesan signifikasi isu ini dengan sosial kehidupan harian mereka.

Rakyat kelantan ramai yang arif dan sedar apa isikandungan akta 144 kemajuan petroleum 1974 yang memperuntukkan lima peratus mesti diberikan kepada negeri pengeluar minyak.

Malah lebih beruntung kepada rakyat yang faham hak mereka terhadap wang berjuta ringgit berkenaan serta bagaimana wang tersebut boleh dibelanjakan untuk manfaat pembangunan infrastruktur mahupun pembangunan insan di Kelantan. Menurut laporan Indek Pembangunan Insan Antarabangsa, pembangunan insan bukan sekadar suatu perancangan pendidikan kepakaran semata-mata, malah ia memberi impak kemajuan rakyat dari aspek indek literasi (tahap membaca), kemahiran, penghasilan idea bernas serta tahap dayacipta yang baik.

Jika benar wang royalti tersebut ebrjaya jatuh ke tangan kerajaan PAS kelantan sekarang, ia mampu dijelmakan dalam bentuk pembangunan yang adil agihannya, menjurus kepada penundukan kepada Allah (rabbani) serta pulangan hasil jangkapanjang yang lebih baik. Inilah isu HAK rakyat yang diperjuangkan oleh rakyat Kelantan.

Royalti miyak Kelantan ditimbulkan oleh kerajaan negeri Kelantan pada Julai 2009.Exco kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa menganggar royalti minyak Kelantan melebihi daripada RM1 bilion. Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia terbaru menunjukkan Kelantan mula mengeluarkan minyak sejak 2004 dan berikutan itu kerajaan negeri mengutus surat rasmi menuntut sebanyak RM1 bilion.Laporan Jabatan Perdana Menteri yang diedarkan kepada pegawai kerajaan negeri, anggaran pengeluaran petroleum di Kelantan dalam satu tahun adalah RM2.5 bilion.

Isu utama yang ingin diketengahkan disini bukanlah jumlah wang yang bakal diperolehi sekiranya perjuangan menuntur royalti berjaya. Isu utama ialah kesedaran terhadap HAK rakyat yang dieksploitasi dan dijadikan gula-gula politik oleh BN.

Sebagai rakyat Perak yang bertanggungjawab, kita perlu sedar mengapa sesuatu tuntutan itu dilakukan secara besar-besaran, progresif dan menjadi isu utama hari ini. Hal ini ialah disebabkan perjuangan menuntut hak. Sebagainya agresifnya Sultan Mahmud Syah menyerang Portugis dari Johor walaupun telah kalah adalah disebabkan kesedaran terhadap HAK kerajaan Melaka.

Agresif dan konsistennya Adun Pakatan Rakyat memperjuangkan pembubaran DUN juga disebabkan kesedaran terhadap hak peruntukan undang-undang yang telah sedia ada. Hal perebutan kerusi Menteri Besar dan Speker negeri telah menimbulkan suatu fenomena pelik di peringkat antarabangsa.

Sebagai contoh, terlalu kurang rakyat Perak yang sedar mereka boleh menuntut wang khairat kematian sebanyak RM 1000.

Dewan Pemuda PAS Gopeng juga telah menuntut HAK penduduk Kg Pengkalan Gate daripada KTM melalui aduan kepada KTM agar menguruskan tanah mereka yang berhampiran dengan kawasan kampung. Penduduk mendapat masalah penyakit, pencemaran air dan merosakkan keindahan sekitar apabila tanah KTM berhampiran tidak dijaga oleh KTM. Aduan ini juga merupakan satu cetusan Pemuda PAS betapa perlunya rakyat Malaysia sedar hak dan milik mereka.

Berbalik kepada isu royalti minyak, suatu ketika dahulu royalti minyak Terengganu telah ditukar kepada wang ehsan yang tidak seberapa kepada Kerajaan Terengganu PAS. Kemudiannya Najib kembali menyerahkan royalti atas nama keperihatinan BN terhadap Terengganu. Bukankah ini suatu perbuatan mempermainkan hak rakyat?

Setiap isu rakyat dalam negara ini adalah isu yang bersama. Rakyat perlu merasakan kebersamaan terhadap isu perjuangan hak.

PAS UNTUK SEMUA

Ketua Pemuda

Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng

1 comment:

PT263 said...

masalahnya D.S Anuar kata kena ubah perlembagaan petronas dulu. macam mana weh?

anak kelantan kena tipu 19 thn doh