Saturday, November 7, 2009

Ustaz Radzi: bantu tukar siling rumah penduduk Sg Rapat

LAHAT– Seorang suri rumah, Azizan Mohamed Riffin, 48 tinggal di 157 Persiaran Pegoh Aman 6, Taman Desa Aman yang memohon supaya pihak bertanggungjawab menghulurkan bantuan bagi membaik pulih siling rumahnya mendapat perhatian bekas calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rapat, IR Radzi Zainon.

Ir Radzi yang lebih dikenali sebagai Ustaz Radzi, walaupun telah berlalu PRU-12, tidak pernah lesu daripada menjalankan misi sebagai penyelia DUN Sg Rapat mewakili PAS dan Pakatan Rakyat dalam usaha menampilkan khidmat PAS kepada rakyat.

Menurutnya, Azizan perlu dibantu memandangkan kesempitan hidup keluarganya dan pendapatan yang terbatas menyebabkan dia tidak mampu memperbaiki rumah tersebut”. Berhubung kes yang dihadapi oleh Puan Azizan, pihak kami menjalankan siasatan awal dan mendapati beliau perlu dibantu kerana melibatkan keselamatan keluarganya”, kata Ustaz radzi kepada Sinar Harian.

Berikutan pendedahan Sinar berkaitan isu kesempitan hidup Puan Azizan menyebabkan Ustaz Radzi bersama Skuad Pejabat Kemasyarakatan PAS Sg rapat telah menawarkan khidmat untuk perjuangkan bantuan yang sepatutnya diperolehi.

“ Buat masa ini kita akan panggil tukang membuat rumah untuk menilai berapakah anggaran bagi memperbaiki kerosakan terbabit agar dapat disalurkan kepadanya, namun jika melebihi kemampuan kita akan buat secara berperingkat. Tidak dinafikan kita memerlukan modal bagi emmbaiki kerosakan terbabit dan jika kutipan yang dijalankan kelak mencukupi, Insya Allah kita akan segerakan memastikan kerosakan itu diatasi” katanya lagi. Selain itu Ustaz radzi kini berusaha membantu Puan Azizan mengisi borang permohonan bantuan daripada Baitulmal agar kesulitan itu mampu diselesaikan oleh pihak berkenaan kelak.

Pihak Ustaz radzi juga akan memastikan wakil Baitulmal dapat hadir sendiri meneliti kerosakan siling rumah tersebut serta berusaha seoptima yang mungkin.

Usaha gigih yang dilakukan oleh Ustaz Radzi bakal menunjukan betapa tegar dan komitednya PAS untuk membantu rakyat. PAS sebagai sebuah parti Islam bukan sekadar ingin berbicara soal agama malah persoalan kebajikan dan sosial juga menjadi perhatian dalam agama yang syumul ini.

Redaksi Warta Sungai Rapat

No comments: