Saturday, March 28, 2009



Dalam masa beberapa jam lagi, proses penamaan calon bagi parlimen P059 Bukit Gantang akan diadakan.

Beberapa hari selepas kepulangan ke rahmatullah YB Hj. Roslan bin Shaharom, Presiden dan Timbalan Presiden PAS telah datang melawat tanah perkuburan beliau di Changkat Larang dan seterusnya berkunjung ke rumah keluarga allahyarham.

Semoga keluarga allahyarham tabah menghadapi ujian allah ini dan seterusnya kepada petugas dari seluruh negara yang kini telah dan akan berkampung di Bukit Gantang akan meneruskan perjuangan yang panjang ini.

No comments: