Wednesday, July 2, 2008

Hamidah oh Hamidah

Hamidah Osman, Adun BN Sungai Rapat
Hamidah Osman, Adun BN bagi Sungai Rapat telah berjaya menaikkan nama Sungai Rapat keserata negara ketika persidangan DUN Negeri Perak baru-baru ini.
Tapi sayang sekali kerana nama Sungai Rapat popular kerana dikaitkan dengan perkataan sensitifnya yang menghina kaum India apabila dia bertanya kepada Speaker Dewan Negeri, V. Sivakumar yang berbangsa India samada menerima perumpamaan lama, yang mana patut dibunuh dahulu, ular ataupun orang India.
Walaupun telah memohon maaf dan menarik balik perkataannya, namun 'usikan nakal'nya itu amat sensitif dan boleh menggugat perpaduan kaum dinegeri Perak ini. Apatah lagi, ungkapan itu disebut didalam dewan yang mulia, Dewan Undangan Negeri.
Bagaimanalah agaknya perasaan kaum India yang mengundi BN Sungai Rapat didalam PRU12 yang lalu.
Permohonan maaf dan pernyataan kesalnya yang dikeluarkan oleh Umno Perak semalam mungkin hanya untuk meredakan perasaan marah kaum India yang rata-rata mengecam tindakannya itu. Permohonan maaf tersebut dilaporkan disini.
Presiden MIC, Dato Seri Samy Vellu amat berang dan marah dengan tindakan Hamidah itu sehingga meminta BN menghukum Hamidah. Laporannya disini.
Lagi berita yang berkaitan dengan isu ini. Al-Husseyn, utusan dan nst.
Andaikata hendak menjadi jaguh atau wirawati didalam persidangan, janganlah sampai mencemar nama baik sendiri dan kawasan yang diwakili. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.
Kami, warga Sungai Rapat amat berasa malu dan terhina apabila nama tempat kami dicemar sedemikian rupa. Amat memalukan.
Inilah bukti betapa angkuh dan bongkaknya perangai wakil rakyat Umno dan BN.

No comments: