Wednesday, June 3, 2015

Majlis Penyampaian Bantuan Ramadhan di Taman Desa Pelancongan

1 Jun 2015 Isnin - PAS Cawangan Taman Desa Pelancongan telah mengadakan majlis penyampaian bantuan sempena Ramadhan bertempat di Surau Al-Falah, Taman Desa Pelancongan. Majlis dimulakan dengan kuliah Maghrib yang disampaikan oleh YB Radzi Zainon seterusnya YB Radzi Zainon telah menyampaikan bantuan tersebut kepada 10 orang penerima yang layak. Terima kasih diucapkan kepada Mejar (B) Yakub bin Yasin selaku Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Taman Desa Pelancongan yang telah mengaturkan majlis ini.



Monday, June 1, 2015

Majlis Penyampaian Bantuan Ramadhan anjuran Dewan Pemuda PAS Gopeng

Isnin 1 Jun 2015 - Dewan Pemuda PAS Gopeng bekerjasama dengan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Rapat serta PAS Cawangan Seri Raia telah menganjurkan majlis penyampaian bantuan sempena Ramadhan kepada masyarakat di DUN Sg Rapat. Majlis diadakan di Pusat Khidmat Masyarakat Medan Gopeng. Seramai 44 orang penerima bantuan terdiri daripada ibu tunggal, OKU serta uzur telah hadir dan bantuan telah diserahkan oleh YB Radzi Zainon. Bantuan berupa beras serta barangan dapur sumbangan Dewan Pemuda PAS Gopeng. Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Ustaz Rusdi Zainal Abidin (Ketua Pemuda PAS Gopeng) dan YB Radzi Zainon. Hadir sama di majlis tersebut ialah Ustaz Tauran Yahya (Exco Pemuda PAS Perak), kepimpinan Dewan Pemuda PAS Gopeng, kepimpinan Dewan Muslimat PAS Gopeng, Sdr Ahmad Osman (Ketua Cawangan PAS Maju Rapat). Majlis berakhir sekitar jam 11.30 pagi.

Bergambar beramai-ramai seusai majlis

YB Radzi sedang memberi ucapan

YB Radzi sedang menyampaikan bantuan bersama Ketua Pemuda PAS Gopeng

Kelihatan sama Ketua Cawangan PAS Maju Rapat, Sdr Ahmad Osman

Kepimpinan Dewan Pemuda PAS Gopeng

Turut hadir, Ustaz Tauran Yahya (Exco Pemuda PAS Perak)

Tuesday, May 26, 2015

Komen umum YB Radzi Zainon mengenai tiga ikon bakal di pecat


Pemimpin kena berlapang dada menerima teguran dan berfikir sedalam-dalamnya tentang segala teguran itu, perlu banyak bersabar, sentiasa bermuhasabah diri dan yang paling penting setiap pemimpin dan ahli PAS perlu berusaha bersungguh- sungguh memenuhi jiwa masing-masing dengan sifat mahmudah dan menyingkirkan segala sifat mazmumah yang mungkin telah lama bersarang di lubuk jiwa kerana berpunca dari kejahilan dan kelalaian sendiri.

Setiap pemimpin wajar berterima kasih kepada setiap ahli PAS yang menegur mereka dengan matlamat membetulkan kesilapan dan menjernihkan keadaan. Namun, teguran tersebut haruslah dilakukan secara beradap dan berakhlak demi memelihara maruah diri setiap pemimpin atau manusia.

Oleh kerana PAS telah membuka pintu dan laluan kepada semua golongan untuk bersama-sama dengan PAS termasuk golongan seni dan ahli DHPP yang bukan Islam, maka kepimpinan PAS harus bijak dan berhikmah ke arah menangani segala cabaran dan persolan yang timbul.

Keratan Akhbar Sinar Harian dan Harakah


Friday, May 22, 2015

Santuni Masyarakat di Pasar Malam Taman Seri Rapat

Khamis 21 Mei 2015 - Selepas menghadiri Konvensyen Undang-Undang Nasional (KONUS), YB Radzi Zainon berkesempatan menyantuni serta berjumpa dengan masyarakat setempat di pasar malam Taman Seri Rapat sambil mengedarkan buletin dan maklumat ceramah yang akan diadakan di Desa Pakatan. Program turun padang ini telah diatur oleh Ketua Penerangan PAS Gopeng, Tuan Haji Zulkifli Tafsiron (Imam Zul) dengan kerjasama PAS Cawangan Taman Song Choon. PAS Cawangan Rapat Jaya Tambahan, Dewan Pemuda PAS Gopeng dan Unit Amal PAS Gopeng. YB Radzi Zainon mengucapkan terima kasih di atas kerjasama daripada Dewan Pemuda yang diketuai dan diwakili oleh Cikgu Jan (Timbalan Ketua Pemuda) dan Unit Amal yang diketuai oleh Tuan Syed dan Tuan Nasir. Program berakhir jam 7.15 malam. 
Turut hadir bersama, Mejar (B) Yakub bin Yasin

YB Radzi mengedarkan buletin Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sg Rapat

Dewan Pemuda dan Unit Amal

Dewan Pemuda dan Unit Amal bersama-sama Timbalan Ketua Pemuda PAS Gopeng

YB Radzi bertanya khabar pengunjung pasar malam

Hadir sama, Imam Zul (Ketua Penerangan PAS Gopeng)

Agihan tugas oleh Tuan Nasir

Antara ahli-ahli PAS yang hadir bersama

Konvensyen Undang-Undang Nasional (KONUS) 2015

Khamis 21 Mei 2015 - Satu konvensyen berkenaan Undang-Undang Nasional (KONUS) telah diadakan di INTIM anjuran JAIPk dan JAKIM. YB Radzi Zainon telah dijemput menghadiri konvensyen tersebut. Hadir sama YB Ust Zawawi (ADUN Gunung Semanggol) sebagai jemputan. Program telah bermula jam 8 pagi hingga 5 petang. Dua kertas kerja telah di bentang oleh wakil dari Brunei Darussalam dan Aceh berkaitan pengalaman, realiti dan cabaran dalam melaksanakan undang-undang Islam di negara mereka. Konvensyen tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato' Drs. Mohd Nizar Zakaria (Exco Pendidikan Islam, Pembangunan Shasiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak).





Thursday, May 21, 2015

Meninjau mangsa kebakaran

Semalam 20 Mei 2015, Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kawasan PAS Batu Gajah yang diketuai oleh Encik Dorai Kannu dan penduduk kampung bersama-sama YB Radzi Zainon telah turun padang bagi melihat mangsa kebakaran di Kampung Muhibbah, Ara Payung. Di beritakan kebakaran telah membabitkan dua buah rumah dan punca kebakaran masih disiasat. Terima kasih diucapkan kepada DHPP Kawasan Batu Gajah yang sentiasa membantu masyarakat bukan Islam di kawasan beliau.

YB Radzi bertanya khabar pada mangsa kebakaran

Keadaan rumah yang terbakar

Mangsa kebakaran

YB Radzi bersama Encik Dorai Kannu (DHPP Batu Gajah)

Wednesday, May 20, 2015

Ziarah balu penyokong Pakatan Rakyat di Kg Kurnia, Kg Kepayang

Rabu 20 Mei 2015 - Pagi ini, YB Radzi Zainon bersama Ustaz Shoaib Alias telah ke Kampung Kurnia, Kampung Kepayang menziarahi Puan Mazura binti Mohd Ariff seorang balu yang kematian suaminya Allahyarham Mohd Ariff beberapa bulan baru akibat serangan jantung. Allahyarham suami beliau merupakan seorang penyokong kuat Pakatan Rakyat dan sentiasa bersama-sama perjuangan Pakatan Rakyat. Allahyarham meninggalkan 5 orang anak yang masih belajar dan tiga daripadanya masih bersekolah dan balu beliau hanya berniaga kecil-kecilan dengan menjual nasi lemak. 


Tuesday, May 19, 2015

Ziarah mantan Ketua Cawangan UMNO Medan Gopeng

Isnin 18 Mei 2015 - YB Radzi bersama-sama dengan Ketua Cawangan PAS Maju Rapat serta Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng telah menziarahi Encik Mokhtar Ahmad iaitu mantan Ketua UMNO Cawangan Medan Gopeng yang telah di serang strok. Beliau juga merupakan Setiausaha Masjid Kampung Melayu. Alhamdulillah kesihatan beliau bertambah pulih dan beliau amat terharu dengan kunjungan YB Radzi serta rombongan ke rumah beliau. YB Radzi juga menyampaikan bantuan kerusi roda untuk beliau. Beliau sekeluarga mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Radzi dan juga PAS kerana prihatin dengan rakyat.

YB Radzi menyampaikan bantuan kerusi roda kepada Encik Mokhtar Ahmad sambil disaksikan oleh
Encik Ahmad Osman (Ketua Cawangan PAS Maju Rapat)

YB Radzi bertanya khabar Encik Mokhtar Ahmad

Pasar Malam Pekan Razaki

Pada 15 Mei 2015 (Jumaat), YB Radzi Zainon telah turun padang bertemu dengan masyarakat di pasar malam Pekan Razaki. Rata-rata orang ramai dan peniaga yang ditemui mengeluh akan perlaksaan GST yang dikenakan oleh kerajaan. Program turun padang ini telah mendapat kerjasama daripada PAS Cawangan Pekan Razaki dan Sungai Rokam serta Unit Amal PAS Gopeng yang diketuai oleh Tuan Syed dan Tuan Nasir. Turut hadir bersama, Ketua Cawangan PAS Sungai Rokam, Cikgu Ali. Di kesempatan itu, YB Radzi telah mengedarkan buletin Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sg Rapat kepada orang ramai. YB Radzi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat.







Ziarah Mahabbah

YB Radzi Zainon bersempatan menziarahi Saudara Ahmad Tarmizi Musa (KV Logistics) di pejabat beliau di Station 18, Pengkalan. Turut hadir bersama ialah Ketua Cawangan PAS Maju Rapat, Saudara Ahmad bin Osman. Syarikat Saudara Tarmizi memberi perkhidmatan pengangkutan di dalam dan luar negara. Sebarang pertanyaan sila hubungi 05-321 1458 untuk mendapatkan perkhidmatan pengangkutan terbaik.

YB Radzi bersama Saudara Tarmizi


Ziarah Klinik Kesihatan sempena Hari Jururawat

18 Mei 2015 (Isnin) - Bersempena Hari Jururawat, YB Radzi bin Zainon bersama dengan Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Gopeng serta Ketua Cawangan PAS Maju Rapat, Encik Ahmad Osman telah menziarahi dan menyantuni para jururawat serta kakitangan Klinik Kesihatan 1Malaysia Station 18 Pengakalan, Ipoh dan juga Klinik Kesihatan Hillcity, Gunung Rapat. Rombongan YB Radzi telah disambut oleh Pegawai Perubatan U32 Klinik Kesihatan 1Malaysia iaitu En. Zamran bin Omar dan Dr. Lili Zuriayani Marmuji (Pakar Kes Keluarga UD54) dan Puan Pachiamma A/P Nahappan (Ketua Jururawat) Klinik Kesihatan Hillcity.

YB Radzi dan rombongan disambut oleh Dr Lili Zuriayani dan Puan Pachiamma di Klinik Kesihatan Hillcity

YB Radzi mengambil kesempatan beramah mesra dengan pesakit di klinik kesihatan

Bergambar kenangan bersama rombongan PAS Kawasan Gopeng

YB Radzi menyantuni masyarakat

YB Radzi menyampaikan ole-ole di Klinik Kesihatan Station 18 sambil disaksikan oleh En Zamran Omar (Pegawai Perubatan)

Pelbagai masalah telah dibincangkan dan diutarakan kepada YB Radzi dalam pertemuan singkat berkenaan. Antaranya ialah, keadaan klinik yang terhad dengan pesakit yang ramai serta kekurangan infrastruktur seperti parkir kereta dan sebagainya. Pihak YB Radzi mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh warga kedua-dua klinik kesihatan tersebut. Di kesempatan ini, YB Radzi bin Zainon mengucapkan Selamat Hari Jururawat di seluruh Malaysia.

Friday, May 15, 2015

Pengkalan Pegoh


14/5/2015 Pengkalan Pegoh - Rombongan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sg Rapat telah menziarahi Tuan Haji Sabar Malisi bin Yahya di kedainya yang terletak berhadapan padang awam Pengkalan Pegoh.


Beliau yang diserang penyakit saraf terlantar dan tidak mampu berdiri dan berjalan dengan sendiri sejak 3 tahun yang lalu. Beliau dan isterinya telah berniaga di kedai tersebut sejak 15 tahun yang lalu. Kini kedai itu diusahakan oleh isterinya dan dibantu oleh pekerja. 
Beliau menyatakan kegembiraannya dengan lawatan kami. Akhirnya kami bersarapan bersama-sama di kedai Tuan Haji Sabar.


Selamat Hari Jururawat



YB Radzi bin Zainon (ADUN Sg Rapat) serta kepimpinan PAS Kawasan Gopeng mengucapkan Selamat Hari Jururawat kepada semua jururawat di Malaysia. Semoga amanah yang diberikan oleh Allah SWT dapat dilaksanakan dengan ikhlas dan didoakan para jururawat sekalian sentiasa mendapat redha dan rahmat Allah SWT.