Monday, April 22, 2013

Aktiviti Ustaz Radzi 22 April 2013

Jadual Ustaz Radzi Zainon hari ini agak padat dengan sesi yang telahpun di atur. Disertakan di sini beberapa gambar aktiviti Ustaz Radzi pada hari ini.


Ustaz Radzi menziarahi kematian di Kg Rapat Jaya. Sempat membacakan Yasin buat Allahyarham.


Bersama-sama dengan pengundi muda sambil memberikan sticker motor di Kg Ara Payung


Berdialog dan beramah mesra dengan masyarakat India di Ara Payung


Berjumpa dengan wakil masyarakat India di UPU Desa Pakatan


Ustaz Radzi mengunjungi Haji Daud yang telahpun meletakkan jawatannya sebagai Ketua Umno Cawangan Kg Muhibah Ara Payung



Surat perletakan jawatan Haji Daud. Beliau juga menyatakan hasratnya untuk turut berkempen bagi pihak Pas.


Ustaz Radzi mendengar dengan tekun cerita Haji Daud semasa minum petang bersamanya tadi.


Anak-anak muda Sri Jaya mendengar sedikit penerangan daripada Ustaz Radzi.

Pas Perak dedah Hamidah disiasat SPRM


IPOH: PAS Perak hari ini mendedahkan seorang calon Umno-BN yang pernah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, individu tersebut adalah bekas Exco Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Hamidah Osman yang dicalonkan sekali lagi di Dun Sungai Rapat.

Menurutnya, Hamidah disiasat atas berhubung isu billboard elektronik beberapa bulan lalu.

“Sebelum ini PAS Perak sudah mendedahkan beberapa kali tentang ada dari kalangan exco kerajaan negeri yang disiasat oleh SPRM dan hari ini kami mendedahkan individu tersebut ialah Dato’ Hamidah Osman,” katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Perak, dekat sini hari ini.

Hadir sama ialah ahli jawatankuasanya, Dr Ahmad Nuri Al-Amin, Safarizal Saleh serta peguam, Mohd Fitri Asmuni.

Jelas beliau, beberapa orang kanannya termasuklah adiknya, Hamizura Osman turut dipanggil oleh SPRM bagi membantu siasatan.

Pejabatnya di Bangunan Kerajan Negeri Perak juga katanya turut dihadiri oleh SPRM dan beberapa barangan termasuklah komputer riba dirampas untuk membantu siasatan.

“Kami mempersoalkan apakah status tentang kes ini yang sehingga hari masih belum ada kenyataan rasmi daripada SPRM,” jelasnya lagi.

Raja Iskandar berkata, PAS hairan adakah Pengerusi BN, Datuk’ Sri Najib Tun Razak benar-benar menapis sebaik mungkin calon-calon sebelum dipilih untuk menjadi calon.

Katanya, adakah Najib melihat Hamidah adalah calon ‘winnable candidate’ walaupun terpalit dengan isu rasuah sehingga menyebabkan beliau disiasat oleh SPRM.

“Masyarakat umum  khususnya di Dun Sungai Rapat mengetahui tentang masalah dan tingkah laku Hamidah yang bersikap provokatif termasuklah mengganggu ceramah PAS dan sebagainya tetapi ianya masih terpilih untuk menjadi calon.

“Tidak mustahil masih ada calon BN yang akan bertanding pada PRU13 ini tidak bersih dan mempunyai pelbagai skandal dan masalah,”jelas Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia.

Calon Parlimen Gopeng dakwa diserang Hamidah


IPOH: Timbalan Pengerusi PKR Perak, Dr Lee Boo Chye mendakwa Calon BN Dun Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman menyerang beliau semalam.

Kejadian itu berlaku di Bilik Gerakan PKR di Taman Tasek Permai, Batu Gajah yang dikatakan berpunca disebabkan rasa tidak puas hati penyokong BN terhadap PKR yang mendirikan bilik gerakan kira-kira 500 meter daripada Pejabat Pusat Khidmat Dun Sungai Rapat yang dijadikan bilik gerakan BN.

Katanya, beliau bergegas ke tempat tersebut selepas menerima panggilan dari petugas bahawa sekumpulan penyokong BN datang membuat gangguan di bilik gerakan PKR itu.

“Apabila Datuk Hamidah hadir, dan kami pun berunding tapi keadaan bertukar kecoh apabila Hamidah bertindak liar dengan merampas perakam video petugas PKR lalu mencampakannya.

“Tidak lama kemudian, Datuk Hamidah bertindak di luar jangka dengan mencekak kolar baju saya,” jelasnya pada sidang medianya di Pejabat PKR Gopeng, Taman Soon Choon Ipoh, hari ini. 

Hadir sama ialah Naib Pengerusi PKR Perak, Chang Lih Kang, dan Yang Dipertua PAS Gopeng,  Abdul Rahim Ariff.

Dr Lee yang juga Calon PKR parlimen Gopeng berkata, beliau rasa sangat terkejut dengan tindakan Hamidah yang disifatnya satu perkara diluar jangkaannya.

Satu laporan polis juga telah dibuat berhubung kejadian itu.

Sehubungan itu beliau menggesa Hamidah memohon maaf kepadanya secara terbuka atas kejadian tersebut dan berharap pihak polis yang turut berada di tempat kejadian dapat menjalankan siasatan secepat mungkin.

Dalam perkembangan berkaitan, calon PAS Dun Sungai Rapat, Ustaz Radzi Zainon melahirkan rasa kecewa dengan tindakan tidak bertanggungjawab yang dilakukan oleh calon Umno itu.

Katanya, Hamidah tidak sewajarnya berbuat demikian kerana beliau adalah bekas Exco kanan Kerajaan Negeri Perak ditambah lagi beliau adalah seorang wanita.

“Sepatutnya kita dapat berbincang bagi menyelesaikan masalah ini, bukan dengan tindakan yang tidak sewajarnya ini.

“Salahkah kami untuk mendirikan bilik gerakan di premis persendirian, kami adalah parti berdaftar yang akan bertading pada pilihanraya ini,” jelas Timbalan Yang Dipertua PAS Gopeng itu.

Berita Ini "Memanaskan" Lagi UmnoBN...

Umno pasti terkejut dengan berita ini..dalam dua tiga hari ini mereka asyik menghentam PR di 6 kerusi yang bertindih di mana PKR bertembung dengan Pas..Namun umno seperti ayam yang berkokok tetapi pungkok bergelumang taik..UmnoBN ada 25 kawasan yang berlawan sesama mereka atas tiket bebas,untuk selesaikan masalah ini adalah sukar kerana berjuang atas dasar kebendaan dan nafsu semata-mata..ha3

Namun PAS dan PKR mempunyai kekuatan dan kerjasama yang utuh demi masa depan PR dalam menuju ke Putrajaya dengan semangat tolak ansur maka kesemua 6 kerusi yang bertindik dapat diselesaikan dengan berhemah seperti..Kerusi Parlimen labuan,DUN Sungai Aceh dan Panti di Johor diserahkan kepada PKR.
Manakala 3 DUN di Trengganu iaitu Bukit Besi,Seberang Takir dan Kota Putra diserahkan untuk ditandingi oleh PAS..Takbirrr,,,

Sunday, April 21, 2013

Masyarakat India Sg Rapat menyokong penuh dan beri penghormatan kepada Ustaz Radzi Zainon dan Dr Lee Boon Chye

Dalam satu pertemuan dialog calon PAS, Ustaz Radzi Zainon untuk Dun N43 Sg Rapat bersama-sama dengan masyarakat India yang diadakan di markaz Taman Maju Rapat petang semalam, rata-rata mereka menyatakan sokongan penuh mereka secara terbuka buat Ustaz Radzi. Begitu juga sokongan mereka bagi Parlimen Gopeng yang ditandingi oleh Dr Lee Boon Chye yang turut hadir sama di dalam dialog tersebut.

Pernyataan sokongan penuh mereka itu di sampaikan oleh ketua masyarakat India di situ yang juga seorang pengerusi tokong Hindu dengan keahlian mencecah 5000 orang. Dalam pernyataannya, Saudara Visanathan berjanji akan berkempen kepada ahli-ahlinya bagi pihak Ustaz Radzi dan juga Dr Lee Boon Chye. Masyarakat India di Sg Rapat menurutnya lagi, sudah tidak mahu menyebelahi parti BN yang secara jelas menekan kehidupan masyarakat apatah lagi masyarakat India.

Ini diburukkan lagi dengan penghinaan bekas Adun Sg Rapat, Dato Hamidah Osman yang pernah mengungkapkan "Jika jumpa ular dan orang India, pukul orang India dahulu".

Di akhir pertemuan, Saudara Visanathan telah bermurah hati untuk mengalungkan jambangan bunga kepada Ustaz Radzi dan juga Dr Lee Boon Chye sebagai tanda penghormatan mereka kepada kedua-dua calon yang akan membantu nasib masyarakat India di sini.






Mungkinkah Mamat Ini Boleh "Menangkan" Calon PAS..??

Inilah Jejaka tampan yang mampu memberikan kelebihan kepada Calon PAS Ustaz Radzi Zainon..Diberitakan beliau adalah dari kem Hamzah iatu Ketua Bahagian Umno yang tidak
mahu lagi YB Hamidah menjadi calon DUN Sungai Rapat pada PRU13 ini..sudah pasti beliau
juga mempunyai ramai penyokong sendiri dikalangan ahli Umno..Untuk itu bagi merealisasikan hajat dan harapan kem ini untuk tidak lagi melihat YB Hamidah sebagai YB selepas ini..maka dengan hanya "Mengundi" Calon PAS di DUN Sungai Rapat niat dan cita-cita kalian akan termakbul,InsyaAllah..

Apa-apa pun ini adalah perancangan Allah untuk memenangkan Parti Islam Semalaysia PAS..Kalaulah penyokong mereka sendiri sudah tidak lagi mahu kepada YB Hamidah..maka bagaimana dengan kita??..Untuk itu pastikan Undi anda kepada Ustaz Radzi Zainon Calon PAS N43 Sungai Rapat.Kita lakukan perubahan untuk Rakyat!!


Surat ini lah sebagai bukti...



Benda Ini Pasti "Meroyan"kan Umno Sungai Rapat..

 Tahniahh..Para petugas daripada UPU Ara Payong dalam DUN Sungai Rapat
bekerjasama membina dan mendirikan perkataan "UNDILAH PAS" ala-ala Hollywood 
sehingga jam 3.00 pagi.. Hebattt..Yb Hamidah dan Penyokongnya pasti
 "Meroyan" tengok benda ini.
Diharapkan benda ini akan kekal tanpa ada gangguan daripada Macai Umno..
Sebab diberitakan Majlis Daerah Batu Gajah sering diarahkan oleh pimpinan Umno
 untuk membuang bendera dan banner PAS..kita tengok nanti..
 Kerjasama para petugas yang cukup ramai daripada golongan muda pada malam tadi 
menampakkan bahawa Ini Kali InsyaAllah UmnoBN pasti Tumbang di DUN Sungai Rapat..
 Kerja-kerja menurunkan bendera "UNDILAH PAS" sedang dilakukan
Fuhhhhhhhhhhh..besarnya beb..Tahniah kepada Petugas UPU Ara Payong semoga
 kerjabuat kalian diberkati Allah dalam usaha menjatuhkan kerajaan Zalim 
UmnoBN di DUN Sungai Rapat. 
 
 

Saturday, April 20, 2013

Apek Nii "Mengamuk" Di Penamaan Calon Gopeng...


Apek ni "Mengamuk" dengan menyatakan kebenciannya terhadap
 BN semasa penamaan calon pagi tadi.

Sokongan terhadap calon PAS oleh kaum cina menambahkan
kecerian di penamaan calon pagi tadi

Inilah calon DUN dan Parlimen Gopeng

Semasa penyokong Umno sibuk menyanyi dan menjerit-jerit..penyokong Pas 
duduk sambil berzikir dan bermunajat kepada Allah.


Ini Kali Lah...

Semangat daripada Jiwa orang muda...



Kepimpinan dan ketokohan Calon PAS Sungai Rapat 
menjadikan beliau berpontensi memenangi DUN N43 kali ini.


Kaum muslimat yang ramai..menambahkan lagi ceria pagi ini..

Bersalam dengan penyokong setelah selesai penamaan calon..

Sokongan hebat daripada para penyokong..

 Bergambar bersama para penyokong...

 Anggota pasukan keselamatan mengawal keadaan..

Inilah Kak Hamidah yang cuba coolkan suasana..apabila di booo
oleh penyokong PR semasa namanya diumumkan..


Terima kasih kepada semua penyokong PAS dan PR yang telah memberikan komitmen hebat pada Penamaan Calon Pagi tadi..semoga selepas ini kita bekerja kuat untuk memenangkan PAS di N43 Sungai Rapat dan Parlimen Gopeng..Takbirrrr...


Subhanallah..Inikah "Kerja" YB Sungai Rapat..??

 Subhanallah..beginilah "Kerja" Calon DUN Sungai Rapat,Radzi Zainon
insyaAllah bakal YB selepas 5 Mei Ini..beliau bertazkirah dan bermunajat kepada 
Allah agar diberikan keberkatan semasa penamaan calon dan 
seterusnya diberikan kemenangan kepada PAS di DUN Sg Rapat.

 Doa adalah senjata orang beriman..

 Beliau sentiasa mengharapkan pertolongan Allah..


 Kasih sayang para pengundi DUN Sungai Rapat kepada beliau dan 
mengharapkan kemengan kali ini kepada calon Pas di N43 Sungai Rapat.

Setiap apa saja kerjabuat beliau akan didampingkan dengan munajat kepada Allah..

InsyaAllah Ini Kali laaa...Barikan undi anda kepada Calon ini,semoga kita dapat melakukan perubahan yang diharapkan oleh setiap rakyat dan mendapat keredhoaan Allah.


Friday, April 19, 2013

Panass..Kemarahan LGE Terhadap ROS..Ini Cilakak Punya...

Apa Cite YB Jumpa Wanita Umno...




Pada 6.30 petang  Rabu lalu, Team kempen Radzi Zainon menyantuni peniaga dan pembeli di  pasar malam Pengkalan Pegoh.Kawasan yang dipenuhi wanita UMno.Kesempatan ini telah diambil oleh Radzi Zainon untuk menyampaikan risalah dan bertanya khabar kepada mereka...sikap peramah dan penyantun Radzi tidak dapat dinafikan apabila ramai dikalangan wanita umno pun mudah berbual dengannya..

Sambutan peniaga dan pembeli di Pasar Malam ini tidak perlu dikupas lagi malah beberapa peniaga yang awalnya tegar UMNO dan enggan bertentang mata dengan Radzi kini mulai lunak kerana kesantunan budi Radzi semasa berbicara.


Sikap peniaga sangat terserlah semenjak program edaran kalender yang dilakukan 2 kali di pasar malam berkenaan.InsyaAllah ramai dikalangan pengunjung dan perniagaan memberikan tanda "Good" pada tangan mereka menandakan sokongan kepada Radzi Zainon.

Inilah Kerja Jahat Samseng Umno...

Polis diminta mengambil tindakan tegas terhadap individu yang mencabut dan merosakkan bendera dan poster parti-parti yang bertanding dalam PRU13 ini dan tidak hanya bertindak kepada para penyokong Pakatan Rakyat.

Dalam satu kejadian baru-baru ini, bendera-bendera PAS yang dipasang di Kampung Bahagia dekat sini telah dicabut dan dipatahkan sekumpulan remaja penyokong BN.

Menurut Setiausaha PAS Cawangan Kampung Bahagia, Zaidi Basiran, kejadian tersebut telah disedari pada pagi hari setelah para petugas pilihan raya PAS memacakkan bendera-bendera tersebut di persimpangan Kampung Bahagia pada malam sebelumnya.