Saturday, May 22, 2010

Muktamar Pas Gopeng ke22: Jamuan waktu rehat

IPOH 16 MEI: Selesai majlis perasmian, muktamar berhenti sebentar untuk berehat dan perwakilan serta pemerhati dijamu dengan kuih.






sumber: ajijoi

Muktamar Pas Gopeng ke22: Penyampaian anugerah

IPOH 16 MEI: Tiga orang aktivis PAS yang telah lama mencurahkan bakti kepada PAS Kawasan Gopeng diberikan penghargaan hari ini.

Mereka adalah Puan Jasmaniar (gambar atas), Haji Sarjee dan Mejar (B) Mohd Yaakub.


Haji Sarjee menerima anugerah beliau daripada Haji Rahim
dan Ust Radzi


Mejar (B) Yaakub gembira menerima anugerah

Ustaz Radhi Kamarul Hailan menerima cenderamata
daripada Haji Rahim

Cenderamata untuk tetamu juga disediakan. YB Dr Lee Boon Chye
menerima daripada Haji Rahim

YB Chang Lih Kang (Adun Teja)

YB Chan Ming Kai (Adun Simpang Pulai)

Ustaz Wan Zawawi, Ketua Pemuda Pas Perak

Ustaz Zulkifli Abu, YDP Ipoh Timur

Haji Ismail, YDP Batu Gajah

Sdr Megat, P.A. YB Dr Lee Boon Chye


Sdr Romi, AMK Cabang Gopeng

Sdr Tomi, AMK Cabang Gopeng

Bersalaman untuk pulang

Perwakilan mengucapkan terima kasih kerana sudi hadir
bersama-sama di dalam majlis perasmian muktamar tahun ini

sumber: ajijoi

Muktamar Pas Gopeng ke22: Ucapan pimpinan

IPOH 16 MEI: Agenda seterusnya adalah ucapan para pimpinan yang dimulakan dengan YDP Pas Gopeng, Tuan Haji Abd Rahim Md Arif.

Isi kandungan ucapannya biarlah untuk perwakilan yang hadir sahaja tanpa perlu saya ulaskan. Yang pastinya, YDP berharap agar muktamar hari ini akan digunakan sebaiknya untuk bersama-sama bermuhasabah diri.

Ramainya perwakilan dan pemerhati sehingga ke belakang

Ustaz Wan Zawawi Hassan, Ketua Pemuda Pas Perak berucap
selaku wakil daripada Badan Perhubungan Pas Perak.


Kesemua perwakilan mendengar ucapan Ustaz Wan Zawawi
dengan penuh perhatian

Sdr Megat (P.A. YB Dr Lee Boon Chye) bersama Ust
Radzi Zainon (kiri) dan Sdr Kamaluddin

Penuh dewan hari ini

sumber: ajijoi

Muktamar Pas Gopeng ke22: Permulaan majlis

IPOH 16 MEI: Muktamar tahun ini bermula dengan bacaan doa dan juga alunan ayat al-Quran sebagai pembuka majlis yang diberkati.

Pimpinan di meja utama bersama dengan tetamu daripada PKR

Sdr Haris Alimudin bertindak selaku pengerusi majlis pembukaan
dengan gaya ucapan dan suara bagaikan seorang dj radio
(macam Mahathir Lokman pun ada...)

Doa dibaca, rahmat dipinta

Diaminkan oleh para perwakilan

Usaha telah terlaksana, kini pasrah kepada-Nya

Nyanyian lagu tema PAS



Bacaan ayat-ayat al-Quran yang dialunkan oleh Qari
Kebangsaan, Ust Kamarul Hailan

Pose istimewa daripada Qari Terbaik

sumber: ajijoi

Muktamar Pas Gopeng ke22: Pendaftaran

IPOH 16 MEI: PAS Kawasan Gopeng bermuktamar hari ini buat kali ke 22. Markaz Tarbiyah PAS Kawasan Gopeng, Taman Indah Jaya, Ipoh menjadi lokasi tempat berkumpulnya pimpinan Pas Gopeng bersama perwakilan-perwakilan daripada 24 cawangan di dalam kawasan Gopeng.

Seawal pagi lagi perwakilan datang beramai-ramai bagi memenuhi tanggungjawab sebagai ahli. Sedikit rakaman lensa kamera saya buat paparan di sini keadaan sewaktu pendaftaran tadi.

Ketua-ketua cawangan membuat pendaftaran

YB Dr Lee Boon Chye (Ahli Parlimen Gopeng),
YB Chan Ming Kai (Adun Simpang Pulai) dan YB Chang Lih Kang
(Adun Teja) turut serta hadir sebagai tetamu mewakili PKR

YDP Pas Gopeng, Tuan Haji Abd Rahim Md Arif berbual
bersama rombongan PKR

Pendaftaran masih berterusan sehingga jam 9.00 pagi

AJK PAS Gopeng yang bersedia untuk bermuktamar kelihatan
segak berbaju Melayu

sumber: ajijoi

Tuesday, May 4, 2010

Pemuda Pas adalah penyelamat masyarakatnya sendiri

Setuju atau tidak, Pemuda PAS adalah seorang anak muda yang memimpin bukan sekadar di dalam ruang parti dan organisasi sahaja malah ia memimpin masyarakat sekitar. Pemuda PAS adalam lambang kepimpinan anak muda walaupun bukan beragama Islam. Inilah yang ditegaskan juga oleh YB Ustaz Firdaus Jaafar dalam perasmian Muktamar Pemuda PAS Perak baru-baru ini di Air Kuning Taiping.

Allah menegaskan dalam KitabNya berkaitan dua unsur penting pembinaan kekuatan pemuda,

salah seorang di antara perempuan Yang berdua itu berkata: "Wahai ayah, ambilah Dia memjadi orang upahan (mengembala kambing kita), Sesungguhnya sebaik-baik orang Yang ayah ambil bekerja ialah orang Yang Kuat, lagi amanah". (Al Qasas : 26)

Kuat bererti sihat jasmani dan kekutan emntal yang tinggi. Amanah adalah substensi yang ada pada rangka yang sihat tadi.

Untuk memacu perjuangan pemuda PAS yang suka untuk saya tulis sebagai Pemuda Islam, pemuda perlu memiliki beberapa ciri yang memastikan mereka menjadi relevan dalam dakwah dan perjuangan politik. Sesungguhya pihak musuh saban hari memikirkan cara untuk memperbesar kes moral para pejuang kebenaran walaupun kes tersebut terlalu lama berlalu. Hal inilah memerlukan persiapan awal pemuda untuk membuat satu grand design untuk diri sendiri dan rentak kerja pemuda. Malah kehendak massa, sossiopolitik hari ini menghendaki pemuda sebagai pewaris kepimpinan negara memiliki ciri kebertanggungjawaban yang tinggi. Ciri ini membawa beberapa ciri tambahan yang memberi makna kepada kepimpinan pemuda seperti karismatik, individu yang berkesan, individu yang futuristik dalam mengamat suasana serta individu sihat yang aktif dalam pelbagai aktiviti.

Massa dan sosial hari ini menghendaki perjuangan Pemuda Islam yang bervisi. Bervisi bukan bermaksud tenggelam dalam kalimah retorik dan slogan sahaja, Visi di sini bermakna pemuda memiliki iktikad, pegangan dan idealisme sama ada idealisme thabat yang kekal (iaitu perjuangan Islam) serta idealisme murunah (perjuangan yang anjal, segar dan kena dengan suasana semasa). Masyarakat hari ini tidak gemar dengan sebarang gerakan pragmatik yang tidak menampilkan idealisme sebenar kerana idealisme juga menjadi faktor konsistensi sesuatu kerja amal. Pragmatik kerana isu atau hanya memainkan isu ‘seronok sendiri’ akan menyebabkan gerakan Pemuda mati dan tidak konsisten sebagai jurubicara umat dan masyarakat dalam negara.

Apabila memikirkan hal ini, suka untuk saya ketengahkan pula permata nasihat dan pedoman yang telah diberikan oleh Al fadhil ustaz Abu Bakar Hussain iaitu Pesuruhjaya PAS Perak dalam Muktamar Pemuda PAS Perak baru-baru ini. Beliau benar-benaar berharap Pemuda PAS bukan sekadar mewakili nama parti da jamaah sebaliknya menjadi payung atas nama pemuda islam iaitu mewakili semua pemuda muslim seluruh negara.

Analogi menarik yang beliau utarakan berkaitan dengan moral dan etika pejuang Islam adalah berkenaan sirah rasulullah SAW dalam menyelesaikan kes perletakan Haajarul Aswad. Sunnah Rasul walapun sebelum mengambil tanggungjawab kerasulan, baginda telah membuktikan betapa integriti dan moral pemuda boleh menjadi satu punca penyelesaian masalah sosial. Malah moral dan kebaikan rasulullah sewaktu muda dan remaja menyebabkan beliau menjadi penyatu kepada beberapa kelompok kaum Quraisy walaupun sewaktu itu mereka bukan menganut Islam atau menjadi pengikut rasulullah.

Dalam konteks hari ini, isu moral dalam berpolitik bukan sekadar memerlukan perhatian kepada perkara mungkar yang jelas sarih dosanya, malah melibatkan juga isu lompat parti yang mempermainkan mandat rakyat kepada para pemimpin tempatan.

Menurut Al fadhil ustaz Abu bakar, kisah penyelesaian kes Hajarul Aswad membawa beberapa feqh (kefahaman) perjuangan untuk para pemuda teliti berhati-hati.

Ketika itu, perbalahan berlaku mengenai siapa yang berhak meletakkan semula batu itu di tempat yang asalnya.

Suatu keputusan diambil, iaitu sesiapa yang ditemui hadir paling awal di masjidil haram untuk bersolat esok paginya, maka orang itulah yang berhak menjadi hakim dalam perbalahan itu. Maka Muhammad al-Amin telah terpilih. Saat itu, Nabi belum lagi diangkat sebagai nabi dan rasul.

Keputusan dibuat. Kain serban Muhammad dihamparkan ke tanah. Keempat-empat bucu serban dipegang oleh empat pemimpin kabilah yang bertelagah tadi. Mereka lalu mengiringi Hajarul Aswad yang diletakkan oleh Muhammad ke dalam serbannya sehingga tiba ke tempat sebenar batu itu. Akhirnya, baginda sendiri yang meletakkan batu itu tempat asalnya. Saat itu, baginda berusia 35 tahun menurut tahun Hijrah.

Antaranya ibrah pertama yang dapat diamati adalah, nabi telah membuktikan bahawa sejak muda lagi Baginda menjadi punca penyelesaian masalah, tempat kebergantungan masyarakat Quraisy sebagai contoh Nabi dijadikan sebagai penjaga amanah barang dan harta mereka serta nabi juga tidak menjadi bebanan kepada sosial pada zamannya.

Pemuda PAS boleh menjadi dominan dan mempamerkan kepimpinan bukan sekadar di dalam kelompok organisasi pemuda da partinya sahaja, malah menjadi pemimpin dan pemandu cara dalam aspek integriti dan moral kepada pemuda dan belia daripada parti lain, NGO, pertubuhan mahupun masyarakat awam.

Rasulullah pada peristiwa hajarul aswab, bukannya seorang pemimpin besar atau ketua satu pertubuhan yang ramai pengikutnya. Baginda adalah minoriti walaupun berasal dari kaum terhormat. Minoriti kerana beliau tidak pernah melatih anak muda lain untuk menyertai baginda sebelum kerasulannya. Jadi apakah ciri yag menyebabkan baginda diminta menyelesaikan kes perkauman tersebut? Ianya disebabkan oleh sikap Amanah. Amanah menjadikan pemuda Islam lebih terurus dan boleh dipercayai untuk menguruskan sesuatu hal. Walaupun pemuda islam di sesuatu tempat bukan majoriti, namun aspek amanah akan menonjolkan diri mereka. Sikap siddiq juga menyebabkan rasul terpilih. Sikap ini penting dalam ilmu politik pemuda islam kerana ia melibatkan perlaksanaan janji dan perancangan. Pemuda Islam akan dijadikan rujukan dalam pelbagai aspek jika mereka adalah golongan yang buat apa yang dirancang. Sikap ketiga adalah sikap hilmun iaitu sopan santun dalam percakapan baginda.

Ibrah kedua daripada sirah ini ialah bagaimana Rasulullah menampilkan pemikiran kreatif dalam penyelesaian masalah iaitu menggunakan kain serban sebagai wasilah atau medium untuk setiap kaum menunjukkan tanggungjawab terhadap batu suci tersebut. Sikap yang sama perlu diteladani oleh Pemuda Islam hari ini. Kreatif bukan sekadar dikaitkan dengan ciptaan sains sahaja, kreatif dalam penyelesaian masalah, sabar dengan sedikit kerugian untuk mendapat laba yang lebih besar juga adalah salah satu ciri kreatif. Pemuda kreatif adalah pemuda yang optimis dengan ideanya. Malah banyak isu umat Islam seperti isu penindasan mustadhafin di malaysia, peminggiran bahasa Melayu, penindasan terhadap kaum pelarian di Malaysia walaupun memiliki dokumen sah serta banyak lagi boleh dihidangkan kepada masyarakat dengan gaya kreatif atas satu matlamat iaitu masyarakat sedar dan isu diselesaikan.

Ibrah ketiga seperti yang dinyatakan oleh Al fadhil Ustaz ialah politik atau siasah Islam ada di mana-mana. Sekaligus ini membantah politik sekular yang hanya menyempitkan isu politik dalam masjid, di parlimen dan sebagainya. Politik nabi pada saat itu telah menunjukkan baginda bersedia menjadi pemimpin, mengurus dan mentadbir sesiapa dalam suasana pelbagai.

Ibrah yang keempat daripada kisah itu juga adalah bagaimana Pemuda Islam perlu bertindak selaku mughayyir iaitu agen musleh (pengubah sosial) ke arah yang lebih baik. Pemuda PAS yang mewakili pemuda islam seluruh negara perlu memikirkan rencana kerja dan program tetap bulanan dan mingguan untuk menyelesaikan masalah umat. Kemiskinan tegar, masalah kesihatan, pemakanan rakyat, isu gejala sosial, jenayah remaja, alam sekitar dan hak-hak kepenggunaan perlu diperjuangkan kerana ini adalah kerja-kerja agen mughayyir. Inilah kerja Islam.

Pemuda PAS mudah sahaja untuk mendapat kepercayaan sepertimana yang diperolehi oleh baginda walaupun Pemuda itu minoriti dalam segala aspek. Islam tidak pernah mensyaratkan majoriti untuk menampikan Islam dan keindahan syariah.

Muhammad Nuruddin Bashah

AJK Dewan Pemuda PAS Gopeng Perak

Sunday, April 18, 2010

Pesuruhjaya Pas Perak melawat mangsa ribut

Batu Gajah - Pesuruhjaya PAS Perak, Ust. Abu Bakar Hussain telah melawat rumah mangsa ribut yang berlaku beberapa hari lalu di Kampung Ara Payong Batu Gajah. Lawatan itu juga disertai oleh Ketua DPPK Batu Gajah Sdr Rosdy dan Bendahari Pas Batu Gajah, Sdr Ghani.

Unit amal dan pusat khidmat masyarakat Ahli Parlimen Bukit Gantang telah turun ke tempat kejadian. Mereka telah membatu membaik pulih rumah yang rosak di pukul ribut. Ribuan terima kasih kepada mereka kerana banyak membatu sedikit sebanyak mengurangkan beban mangsa.




Pesuruhjaya PAS Perak, Ust. Abu Bakar Hussain


unit amal




Pusat Khidmat Masyarakat MP Bukit Gantang


antara rumah yang rosak teruk


Ustaz sedang berbual dengan wartawan Sinar Harian


turun padang walaupun sibuk


mangsa sangat terharu dengan kedatangan Ustaz ke rumahnya




bergambar sebelum pulang