Tuesday, June 23, 2015

Majlis berbuka puasa dan sesi tazkirah di Surau Desa Aman

21 Jun 2015 (Ahad) - PAS Cawangan Desa Aman telah menganjuran majlis berbuka puasa bersama YB Radzi Zainon di Surau Desa Aman. YB Radzi seterusnya telah solat berjemaah dan menyampaikan tazkirah di surau tersebut. Terima kasih diucapkan kepada penganjur.





Edaran Bubur Lambuk

20 Jun 2015 (Sabtu) - PAS Cawangan Pengkalan Pegoh telah menganjurkan edaran bubur lambuk di Markas PAS Pengkalan Pegoh. YB Radzi Zainon turut hadir membuat edaran bubur lambuk sebanyak 400 bungkus di samping menyantuni penduduk setempat. Program ini merupakan program tahunan setiap Ramadhan.



Surau Pulai Jaya




YB Radzi Zainon telah mengadakan majlis bebuka puasa di Surau Pulai Jaya.

Bazar Ramadhan Medan Gopeng

19 Jun 2015 (Jumaat) - PAS Cawangan Maju Rapat dan Dewan Pemuda PAS Gopeng serta Unit Amal bersama - sama YB Radzi Zainon telah menyantuni masyarakat di Bazar Ramadhan Medan Gopeng. Program bermula jam 5.00 petang selepas solat Asar dan berakhir jam 6.30 petang.





Friday, June 19, 2015

Pasar Target Desa Pakatan

16 Jun 2015 (Selasa) - Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sg Rapat bersama YB Radzi bin Zainon telah turun padang ke Pasar Target, Desa Pakatan bagi menyantuni masyarakat setempat sambil mengedarkan buletin Warkah Rakyat dan Taqwim Berbuka Puasa 1436H. Program turun padang ini telah mendapat kerjasama daripada Dewan Muslimat PAS Gopeng. Pelbagai masalah telah diajukan oleh penduduk setempat kepada YB Radzi termasuklah kecurian yang sering berlaku di Pasar Target. 








Ziarah Mahabbah bersempena Ramadhan 1436H

17 Jun 2015 (Rabu) - Sehari sebelum Ramadhan, YB Radzi bin Zainon (ADUN Sg Rapat) telah berkesempatan ke beberapa lokasi di Batu Gajah bagi menyampaikan bantuan sempena Ramadhan dan mengedarkan taqwim berbuka puasa 1436H. Antara lokasi yang sempat diziarahi ialah Pasar Awam Batu Gajah, Kampung Pisang dan Kampung Ara Payong. Seramai 30 orang telah dipilih menerima bantuan sempena Ramadhan daripada YB Radzi Zainon. Jazakallah diucapkan kepada kepimpinan PAS Batu Gajah dan Dewan Muslimat PAS Gopeng yang turut hadir bersama-sama memeriahkan majlis tersebut.

Di Kampung Pisang, Batu Gajah


Kg Ara Payong, Batu Gajah

YB Radzi bersama kepimpinan Dewan Muslimat di Kg Ara Payong, Batu Gajah



Wednesday, June 3, 2015

Majlis Penyampaian Bantuan Ramadhan di Taman Desa Pelancongan

1 Jun 2015 Isnin - PAS Cawangan Taman Desa Pelancongan telah mengadakan majlis penyampaian bantuan sempena Ramadhan bertempat di Surau Al-Falah, Taman Desa Pelancongan. Majlis dimulakan dengan kuliah Maghrib yang disampaikan oleh YB Radzi Zainon seterusnya YB Radzi Zainon telah menyampaikan bantuan tersebut kepada 10 orang penerima yang layak. Terima kasih diucapkan kepada Mejar (B) Yakub bin Yasin selaku Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Taman Desa Pelancongan yang telah mengaturkan majlis ini.



Monday, June 1, 2015

Majlis Penyampaian Bantuan Ramadhan anjuran Dewan Pemuda PAS Gopeng

Isnin 1 Jun 2015 - Dewan Pemuda PAS Gopeng bekerjasama dengan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Rapat serta PAS Cawangan Seri Raia telah menganjurkan majlis penyampaian bantuan sempena Ramadhan kepada masyarakat di DUN Sg Rapat. Majlis diadakan di Pusat Khidmat Masyarakat Medan Gopeng. Seramai 44 orang penerima bantuan terdiri daripada ibu tunggal, OKU serta uzur telah hadir dan bantuan telah diserahkan oleh YB Radzi Zainon. Bantuan berupa beras serta barangan dapur sumbangan Dewan Pemuda PAS Gopeng. Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Ustaz Rusdi Zainal Abidin (Ketua Pemuda PAS Gopeng) dan YB Radzi Zainon. Hadir sama di majlis tersebut ialah Ustaz Tauran Yahya (Exco Pemuda PAS Perak), kepimpinan Dewan Pemuda PAS Gopeng, kepimpinan Dewan Muslimat PAS Gopeng, Sdr Ahmad Osman (Ketua Cawangan PAS Maju Rapat). Majlis berakhir sekitar jam 11.30 pagi.

Bergambar beramai-ramai seusai majlis

YB Radzi sedang memberi ucapan

YB Radzi sedang menyampaikan bantuan bersama Ketua Pemuda PAS Gopeng

Kelihatan sama Ketua Cawangan PAS Maju Rapat, Sdr Ahmad Osman

Kepimpinan Dewan Pemuda PAS Gopeng

Turut hadir, Ustaz Tauran Yahya (Exco Pemuda PAS Perak)

Tuesday, May 26, 2015

Komen umum YB Radzi Zainon mengenai tiga ikon bakal di pecat


Pemimpin kena berlapang dada menerima teguran dan berfikir sedalam-dalamnya tentang segala teguran itu, perlu banyak bersabar, sentiasa bermuhasabah diri dan yang paling penting setiap pemimpin dan ahli PAS perlu berusaha bersungguh- sungguh memenuhi jiwa masing-masing dengan sifat mahmudah dan menyingkirkan segala sifat mazmumah yang mungkin telah lama bersarang di lubuk jiwa kerana berpunca dari kejahilan dan kelalaian sendiri.

Setiap pemimpin wajar berterima kasih kepada setiap ahli PAS yang menegur mereka dengan matlamat membetulkan kesilapan dan menjernihkan keadaan. Namun, teguran tersebut haruslah dilakukan secara beradap dan berakhlak demi memelihara maruah diri setiap pemimpin atau manusia.

Oleh kerana PAS telah membuka pintu dan laluan kepada semua golongan untuk bersama-sama dengan PAS termasuk golongan seni dan ahli DHPP yang bukan Islam, maka kepimpinan PAS harus bijak dan berhikmah ke arah menangani segala cabaran dan persolan yang timbul.

Keratan Akhbar Sinar Harian dan Harakah


Friday, May 22, 2015

Santuni Masyarakat di Pasar Malam Taman Seri Rapat

Khamis 21 Mei 2015 - Selepas menghadiri Konvensyen Undang-Undang Nasional (KONUS), YB Radzi Zainon berkesempatan menyantuni serta berjumpa dengan masyarakat setempat di pasar malam Taman Seri Rapat sambil mengedarkan buletin dan maklumat ceramah yang akan diadakan di Desa Pakatan. Program turun padang ini telah diatur oleh Ketua Penerangan PAS Gopeng, Tuan Haji Zulkifli Tafsiron (Imam Zul) dengan kerjasama PAS Cawangan Taman Song Choon. PAS Cawangan Rapat Jaya Tambahan, Dewan Pemuda PAS Gopeng dan Unit Amal PAS Gopeng. YB Radzi Zainon mengucapkan terima kasih di atas kerjasama daripada Dewan Pemuda yang diketuai dan diwakili oleh Cikgu Jan (Timbalan Ketua Pemuda) dan Unit Amal yang diketuai oleh Tuan Syed dan Tuan Nasir. Program berakhir jam 7.15 malam. 
Turut hadir bersama, Mejar (B) Yakub bin Yasin

YB Radzi mengedarkan buletin Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sg Rapat

Dewan Pemuda dan Unit Amal

Dewan Pemuda dan Unit Amal bersama-sama Timbalan Ketua Pemuda PAS Gopeng

YB Radzi bertanya khabar pengunjung pasar malam

Hadir sama, Imam Zul (Ketua Penerangan PAS Gopeng)

Agihan tugas oleh Tuan Nasir

Antara ahli-ahli PAS yang hadir bersama

Konvensyen Undang-Undang Nasional (KONUS) 2015

Khamis 21 Mei 2015 - Satu konvensyen berkenaan Undang-Undang Nasional (KONUS) telah diadakan di INTIM anjuran JAIPk dan JAKIM. YB Radzi Zainon telah dijemput menghadiri konvensyen tersebut. Hadir sama YB Ust Zawawi (ADUN Gunung Semanggol) sebagai jemputan. Program telah bermula jam 8 pagi hingga 5 petang. Dua kertas kerja telah di bentang oleh wakil dari Brunei Darussalam dan Aceh berkaitan pengalaman, realiti dan cabaran dalam melaksanakan undang-undang Islam di negara mereka. Konvensyen tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato' Drs. Mohd Nizar Zakaria (Exco Pendidikan Islam, Pembangunan Shasiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak).





Thursday, May 21, 2015

Meninjau mangsa kebakaran

Semalam 20 Mei 2015, Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kawasan PAS Batu Gajah yang diketuai oleh Encik Dorai Kannu dan penduduk kampung bersama-sama YB Radzi Zainon telah turun padang bagi melihat mangsa kebakaran di Kampung Muhibbah, Ara Payung. Di beritakan kebakaran telah membabitkan dua buah rumah dan punca kebakaran masih disiasat. Terima kasih diucapkan kepada DHPP Kawasan Batu Gajah yang sentiasa membantu masyarakat bukan Islam di kawasan beliau.

YB Radzi bertanya khabar pada mangsa kebakaran

Keadaan rumah yang terbakar

Mangsa kebakaran

YB Radzi bersama Encik Dorai Kannu (DHPP Batu Gajah)

Wednesday, May 20, 2015

Ziarah balu penyokong Pakatan Rakyat di Kg Kurnia, Kg Kepayang

Rabu 20 Mei 2015 - Pagi ini, YB Radzi Zainon bersama Ustaz Shoaib Alias telah ke Kampung Kurnia, Kampung Kepayang menziarahi Puan Mazura binti Mohd Ariff seorang balu yang kematian suaminya Allahyarham Mohd Ariff beberapa bulan baru akibat serangan jantung. Allahyarham suami beliau merupakan seorang penyokong kuat Pakatan Rakyat dan sentiasa bersama-sama perjuangan Pakatan Rakyat. Allahyarham meninggalkan 5 orang anak yang masih belajar dan tiga daripadanya masih bersekolah dan balu beliau hanya berniaga kecil-kecilan dengan menjual nasi lemak.