Tuesday, August 24, 2010

Hamidah berbelanja sakan diRamadhan ini

Banner YB Hamidah kelihatan bertebaran sekitar Dun Sg Rapat tanpa mengira tempat. Sehinggakan empat (4) jenis banner yang berlainan tetapi menggunakan gambar dia (yang telah diedit dan 'dicuci mukanya') yang sama.

Turut menjadi tanda-tanya ialah adakah kesemua banner-banner di mempunyai lesen dan kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan?

Beriya-iya benar Hamidah mempromosikan dirinya akibat terkesan daripada gerakerja bekas calon PAS di Dun Sg Rapat, Ustaz Radzi Zainon yang istiqamah dengan membantu warga Sungai Rapat melalui Pusat Khidmat Masyarakat (PR) Dun Sg Rapat sejak sekian lama.

Jika tidak masakan tiba-tiba saja muncul Pusat Khidmat Adun Sungai Rapat miliknya begitu hampir dengan Pusat Khidmat Masyarakat (PR) Dun Sg Rapat yang dibawah seliaan Ustaz Radzi Zainon.

Oleh kerana perasaan tergugat tersebut, Hamidah membelanjakan jumlah wang yang besar untuk mendapat tempat dipandangan pengundi-pengundi Sg Rapat.

Dalam keghairahan Hamidah menjadi model untuk banner-banner tersebut, ramai warga Sg Rapat yang bertanya dimana gambar-gambar Menteri Besar Umno, Dr Zambry menghilang?

Adakah ini satu strategi Hamidah untuk mengenepikan Zambry? Meletakkan dirinya lebih terkehadapan ataupun popular berbanding dengan Zambry?

Daripada mana pula Hamidah mendapatkan sumber kewangan yang begitu banyak untuk mencetak banner-banner itu {bayangkan berapa jumlahnya untuk meletakkan 4 banner disetiap simpang jalan?} serta pelekat poster-poster disetiap bungkusan kurma dan bubur lambuk yang diedarkan secara percuma itu {contohnya: gambar-gambar dibawah}?

Ditambah lagi dengan perbelanjaannya untuk menghulurkan bantuan kepada warga Sungai Rapat menjadikan satu jumlah wang yang begitu besar dibelanjakan oleh Hamidah pada Ramadhan kali ini.

إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا

Maksudnya:"Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."
[Surah al-Israa : 27]




Sunday, August 22, 2010

Ziarah Ramadhan diteruskan di Kampung Pisang, Batu Gajah

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs364.snc4/44720_486098713097_554643097_6966135_762487_n.jpg

PAS Kawasan Batu Gajah meneruskan program Ziarah Ramadhan dan sumbangan bantuan di Kampung Pisang. Para pimpinan PAS Kawasan Batu Gajah bersama- sama Ustaz Ir Radzi telah turun menziarahi warga miskin di kawasan tersebut.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs287.snc4/40670_152440088102519_100000095862066_454895_2208872_n.jpg
Rumah penerima bantuan yang diziarahi pimpinan PAS Batu Gajah

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs394.snc4/45768_486098758097_554643097_6966136_980941_n.jpg
Ustaz Radzi dan Haji Ismail bergambar bersama penerima bantuan Ramadhan

Ustaz Radzi menyampaikan bantuan dengan dibantu oleh Sdr Rosdy

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs196.ash2/45909_486098688097_554643097_6966134_6161168_n.jpg
Makcik ternyata masih mengenali Ustaz Radzi yang selalu datang membantu disini dan berasa gembira kerana mendapat bantuan

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs399.snc4/46200_486097988097_554643097_6966093_2728661_n.jpg
Ketua DPPK bersama Ustaz Radzi mendengar suara hati seorang remaja

Semangat membantu rakyat berterusan


Rumah lama yang daif


misi ini akan diteruskan pada minggu hadapan..

Program Ziarah Ramadhan PAS Batu Gajah


Bantuan disampaikan kepada sasaran disekitar Dun Sungai Rapat

PAS Kawasan Batu Gajah bersama dengan Penyelia Pusat Khidmat Masyarakat (PR) Dun Sungai Rapat telah mengadakan Program Ziarah Ramadhan dan sumbangan bantuan ke rumah-rumah fakir miskin di sekitar Dun Sungai Rapat.

Ziarah Ramadhan ini telah diketuai oleh Penyelia Dun Sungai Rapat Ustaz Ir Radzi Zainon, YDP Pas Kawasan Batu Gajah, Setiausaha Pas Kawasan Batu Gajah Sdr Razman, Ketua Pemuda Sdr Rosdy Abdullah, AJK Pas Kawsan dan anggota Unit Amal.

PAS telah memnyampaikan sumbangan barangan keperluan harian seperti beras, gula, garam, kopi dan susu kepada rumah yang diziarahi.

Para- pimpinan telah beramah mesra sambil mendengar masalah rakyat. Pelbagai aduan dan rungutan telah diadukan oleh rakyat.

Program ini akan diteruskan di sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

Ustaz Radzi Zainon bersama PAS Batu Gajah menyampaikan bantuan


Bantuan sempena bulan Ramadhan


Aduan warga emas ini didengar Ustaz Radzi dengan penuh prihatin


Kehadiran yang amat dihargai


Masalah disampaikan kepada Ustaz Radzi


Sdr Rosdy mendengar penuh minat


Haji Ismail bersama pimpinan PAS Kawasan Batu Gajah


Haji Sarjee memastikan segala bantuan sampai kepada sasaran dengan jayanya


Sehingga kedapur menghantar bantuan kerana makcik ini uzur


Beberapa barangan keperluan harian yang diberikan


Ustaz Radzi membacakan doa untuk kesejahteraan penghuni rumah ini


Sdr Rosdy, Ketua Pemuda PAS Batu Gajah mengaminkan doa


Menadah tangan dengan pelbagai harapan untuk meneruskan bantuan


Menghantar bantuan sambil bertanya khabar tentang masalah penduduk


Unit Amal bersama Sdr Razman


Disalah sebuah rumah yang menerima bantuan


Mendoakan kesejahteraan penghuni rumah yang dilawati turut menjadi agenda misi bantuan


Mendengar rintihan hati warga emas ini dengan teliti

Bantuan tidak habis disini, akan berterusan dilain kali

Jambatan bernilai RM20ribu ikut tafsiran YB Hamidah



Inilah rupanya jambatan kayu yang di dakwa oleh YB Hamidah bernilai RM20,000.

Memang tidak logik jambatan ini bernilai sebegitu mahal kerana jambatan itu dibina dengan hanya menggunakan kayu-kayu lama dan yang telah sedia ada. Malah jambatan tersebut didapati terbiar terbengkalai.


Ustaz Ir Radzi menunjukkan bahagian yang belum siap dan berisiko tinggi


kayu macam ni bernilai rm 20 ribu??


Para Pimpinan PAS Kawasan Batu Gajah turun padang

Thursday, August 19, 2010

Jenazah isteri Pesuruhjaya PAS Perak selamat dikebumikan

18 OGOS 2010: Malam tadi juga selepas Solat Isya' di Masjid Raja Nazrin Kg. Rapat Jaya Tambahan lebih kurang 1000 umat Islam memberi penghormatan terakhir ke atas Allahyarhamah Siti Rafeah bt. Hj Ramli 56 tahun isteri Ust. Abu Bakar Husein, PJ Perak. Solat Jenazah diadakan sejurus selepas sahaja selesai Solat Isya' dengan dimami sendiri oleh Ustaz Abu Bakar Husein.

Jenazah Siti Rafeah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg. Rapat Jaya Tambahan dengan Ustaz Abu Bakar Husein sebagai suaminya sendiri membacakan talqin dan memimpin bacaan tahlil. Orang ramai sebak dan kagum dengan ketabahan serta kesabaran Ust Abu Bakar Husein walaupun kesedihan tetapi masih mampu mentalqinkan isterinya dengan lancar dan jelas dan ada ketikanya sebak.

Pimpinan PAS negeri Perak, Ulama, Pemuda & Muslimat kelihatan ramai yang hadir memberi penghormatan dan takziah. Tidak ketinggalan juga pimpinan PKR dan DAP Negeri dan seluruh Adun-adun serta Ahli-ahli Parlimen PR ramai memberi penghormatan dengan berada di beranda masjid di ketika umat Islam mengerjakan solat Jenazah. Antara yang kelihatan YB Lee Boon Chye Ahli Parlimen Gopeng, YB Chan Lee Kang, Adun Simpang Pulai, YB Sum, Adun Bercham dan yang lain-lain. Turut kelihatan di perkuburan memberi penghormatan ialah pimpinan dan ahli-ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak.

Sebelum itu, seluruh lapisan masyarakat di sekitar Ipoh khususnya dan Perak sejak awal petang lagi berduyun-duyun menziarahi Allahyarhamah di Kediaman Ust Abu Bakar Husein yang tidak jauh dari Masjid Raja Nazrin. YB Dato' Ngeh, YB Nga, YB Sivakumar dan beberapa yang lain antara yang kelihatan di kediaman Ustaz Abu Bakar Husein.

Urusan pengkebumian jenazah selesai kira-kira jam 10.30 malam. Namun orang ramai yang tidak sempat menunaikan solat Jenazah dan menyaksikan pengkebumian tetap terus berkunjung ke rumah Ustaz Abu Bakar Husein untuk mengucapkan takziah.


Gambar-gambar sekitar pengebumian tersebut, ehsan facebook/pasgopeng:-

Jenazah sampai ke Masjid Raja Nazrin Shah, Kg Rapat Jaya Tambahan

Ahli jemaah mengusung jenazah kedalam masjid

Ramai jemaah yang telah sedia menunggu untuk solat jenazah

Muslimin memenuhi ruang dalam masjid manakala muslimat
berada ditingkat atas masjid

Solat Jenazah diimamkan oleh Tuan Guru Haji Abu Bakar sendiri

Mendoakan semoga roh Allahyarhamah ditempatkan bersama
para anbiya dan solihin

Sahabat dan ahli jemaah mengucapkan takziah kepada Tuan Guru

Ucapan takziah berterusan daripada yang hadir

Anak lelaki Allahyarhamah juga menerima ucapan takziah

Dato Seri Nizar turut berada dimasjid

Haji Abd Rahim sedang menerangkan sesuatu kepada Adun
Simpang Pulai, YB Chan Ming Kai (bersongkok)

Bacaan talkin yang dilakukan sendiri oleh Tuan Guru Haji Abu Bakar


Anak-anak merenjiskan air dipusara ibu mereka

Tuan Guru Haji Abu Bakar menaburkan hirisan daun pandan
ke pusara isterinya