Friday, August 13, 2010

Taktik kotor!!! UMNO buat ceramah bersebelahan ceramah Pakatan Rakyat


UMNO/BN telah membuat taktik kotor dan memalukan.. Mereka membuat ceramah tanpa permit bersebelahan dengan ceramah Pakatan Rakyat di Taman Jutaria, Batu Gajah.

Suasana amat huru hara kerana mereka telah memasang alat pembesar suara menghala ke Ceramah Pakatan Rakyat. Pihak keselamatan terpaksa menggunakan khidmat anggota lebih ramai kerana risau suasana menjadi kacau bilau.

Pihak polis telah mengarahkan pihak ceramah haram UMNO supaya menutup alat pembesar suara namun tidak diendahkannya..

Sebelum itu, Ketua Dewan Pemuda Pas Batu Gajah selaku pengerusi majlis, Sdr Rosdy telah menegur secara profesional namun mereka tetap meneruskan ceramah dan membuka pembesar suara.

Ceramah Pakatan Rakyat agak terganggu namun tetap diteruskan. Pada mulanya diberitahu pihak UMNO akan membuat bacaan yasin sahaja tetapi diteruskan dengan ceramah.

Ceramah anjuran PAS Kawasan Batu Gajah tersebut disampaikan oleh Bendahari PAS Pusat YB Dr Hatta Ramli, Adun Teja YB Chang Lih kang dan YDP PAS Gopeng Ustaz Ir Radzi Zainon.


ramainya bangku





para petugas polis..


Ketua Pemuda Pas Batu Gajah, Sdr Rosdy sebagai pengerusi majlis


Ketua Penerangan PAS Batu Gajah membaca doa


berdoa..


Setiausaha PAS Batu Gajah, Sdr Razman menyampaikan kata- kata aluan mewakili Pas Kawasan Batu Gajah. Beliau mengatakan kepada rakyat agar menilai ceramah yang disampaikan sama ada fakta ataupun fitnah.


antara yang hadir


kaum tionghua





Calon PAS DUN Sungai Rapat, Ustaz Radzi Zainon meyampaikan ceramah menekankan isu-isu tempatan di kawasan DUN Sungai Rapat seperti hak milik tanah dan isu jambatan di Kampung Seri Jaya.



sangat bersemangat





Adun Teja, YB Chang Lih Kang menceritakan tentang sidang dun yang diadakan beberapa hari lalu. Para penyokong yang hadir mendapat cerita sebenar tentang perjalanan sidang dun.


Kehadiran Dr Hatta Ramli disambut oleh penyokong yang hadir













Ahli Parlimen Kuala Krai, YB Dr Hatta Ramli telah menegur pihak UMNO/BN dan mereka terus tutup alat pembesar suara. Dr Hatta juga telah mentempelak pihak polis kerana tidak mengambil tindakan kepada UMNO/BN kerana membuka alat pembesar suara. Dr Hatta dalam ceramahnya telah menceritakan tentang isu isu semasa seperti penarikan subsidi. Pada akhir ceramahnya, beliau menyeru agar semuar rakyat turun di Himpuan Protes Barang Naik yang akan diadakan kelak.










para pimpinan


Derma jihad


golongan muda turut hadir


Dr Hatta mendengar masaah rakyat sebelum pulang


bergurau antara pemimpin

sumber: batu gajah mari

Monday, August 2, 2010

Menjelang Ramadhan: Sumbangan kepada warga miskin di Batu Gajah



PAS Kawasan Batu Gajah meneruskan program bantuan kepada warga miskin di sekitar Batu Gajah.

Pada beberapa hari lalu, Pas Kawasan Batu Gajah telah memberi bantuan kepada warga miskin di Kampuang Ara Payong sempena bulan Ramadhan yang makin tiba. Kira-kira 20 warga miskin telah mendapat bantuan tersebut. Batuan tersebut diagihkan di Dewan Orang Ramai Kampuang Ara Payong.

Warga miskin tersebut nyata gembira dengan bantuan tersebut walaupun nilainya tidak seberapa. Bantuan tersebut telah diberikan oleh Peyelia DUN Sungai Rapat, Ustaz Ir Radzi Bin Zainon.


Setiausaha PAS Kawasan Batu Gajah, Sdr Razman


menjamu selera sebelum menerima bantuan




Para Pimpinan





Ustaz Ir Radzi menyampaikan ucapan


Wartawan Sinar Harian, Sdr Razif




kegembiraan terserlah




Sdr Razif menemu ramah penerima bantuan


penerima bantuan mengucapkan terima kasih kepada Ustaz



sumber: Batu Gajah Mari

Saturday, June 19, 2010

Kenangan perwakilan Pas Gopeng di Muktamar Pas Pusat

Bersempena dengan Muktamar Tahunan Pas yang diadakan di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK) pada 11 hingga 13 Jun 2010 yang lalu, gambar-gambar kenangan perwakilan PAS Gopeng di sana menerusi lensa Saudara Zainal Ariff dipaparkan di sini buat tatapan semua.


(sumber foto ini: Topeng Perak)

"Jangan risau Haji, tak runtuh bangunan ni, kita bukannya
berada di Terengganu", usik Haji Rahim kepada Haji Azlan
yang sedang menikmati keindahan rekaan dalaman
Bangunan Putik, Kelantan

"Wakil Palestin yang ditinggal kapal Mavi Marmara dulu ke?"
Haji Rahim sempat berjenaka bersama Ustaz Norazli Musa
yang turut berada di Muktamar.

Saudara Hosni daripada PAS Sg Siput mengatakan sesuatu
kepada Haji Nizar


Sempat bergambar kenangan dengan Haji Nizar. Cuba
teka ada berapa kamera disana berdasarkan pandangan
mata mereka?

"Apa hal orang Gopeng cuma duduk di luar aje ni?"