Monday, July 13, 2015

Surau Al-Falah Taman Song Choon

12 Julai 2015 (25 Ramadhan) Ahad - Surau Al-Falah Taman Song Choon telah menganjurkan majlis penyerahan sumbangan Syawal kepada 20 orang penerima terpilih. Majlis telah bermula seawal jam 6.30 petang seterusnya YB Radzi berbuka puasa bersama penduduk setempat dan menyampaikan tazkirah Ramadhan. Hadir sama Ahli Parlimen Gopeng, YB Dr Lee Boon Chye.









Surau Desa Aman bersama Dewan Pemuda PAS Desa Aman

11 Julai 2015 (24 Ramadhan) Sabtu - Dewan Pemuda PAS Cawangan Desa Aman telah menganjurkan turun padang ke Bazar Ramadhan Desa Aman bersama YB Radzi Zainon. Dalam kunjungan ke Bazar Ramadhan tersebut YB Radzi bersama kepimpinan Pemuda PAS Desa Aman telah mengedarkan buletin PKM edisi ketiga. Selepas itu, YB Radzi Zainon berkenan menyampaikan bantuan Syawal kepada penduduk setempat yang terpilih. YB Radzi juga berbuka puada di Surau Desa Aman. Hadir sama Ketua Pemuda PAS Kawasan Gopeng (Ust Rosdi) dan Unit Amal PAS Gopeng.








Surau Desa Pengkalan Bandaraya

10 Julai 2015 (23 Ramadhan) Jumaat - Surau Desa Pengkalan Bandaraya telah menjemput YB Radzi Zainon menyampaikan tazkirah bersempena Ramadhan selepai solat tarawih dan witir berjemaah. 



Surau Ulul Albab, Botani

9 Julai 2015 (22 Ramadhan) Khamis - YB Radzi Zainon telah dijemput untuk menyampaikan bantuan Syawal di Surau Ulul Albab Taman Margosa, Botani. Majlis tersebut telah diatur oleh Jawatankuasa Kebajikan surau berkenaan. YB Radzi juga telah dijemput uintuk menyampaikan tazkirah Ramadhan. Seramai 20 orang telah dipilih sebagai penerima tahun ini.





Thursday, July 9, 2015

Ziarah Di Ambang Syawal 1436H

9 Julai 2015 (22 Ramadhan) Khamis - YB Radzi Zainon telah menyertai program ziarah di ambang Syawal yang di anjurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat Kg Ara Payung. Program tersebut merangkumi ziarah ke Pusat Didikan Kanak-Kanak (PDK) Batu Gajah yang mana merupakan pusat untuk anak-anak istimewa. Seterusnya YB Radzi Zainon telah menyantuni beberapa jabatan kerajaan di sekitar Batu Gajah diantaranya Hospital Batu Gajah, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Ibu Pejabat Polis Daerah dan Majlis Agama Islam Batu Gajah (Baitulmal). Di majlis tersebut juga, YB Radzi telah menyampaikan sedikit sumbangan bersempena ketibaan Syawal tahun ini.

Bergambar kenangan bersama YB Radzi

YB Radzi menyampaikan sumbangan di PDK
Kakitangan serta para pelajar PDK bergambar kenangan bersama YB Radzi
Cenderahati untuk PDK

Bersama kakitangan PDK
YB Radzi sedang menandatangani buku lawatan kerja PDK



YB Radzi Zainon menyampaikan sumbangan Syawal kepada MAIPk
Menyampaikan sumbangan di JKM Batu Gajah

YB Radzi menyerahkan sumbangan Syawal di IPD Batu Gajah

YB Radzi menziarahi kakitangan Hospital Batu Gajah

YB Radzi menyampaikan sumbangan kepada En Kharis (JKR Batu Gajah) bersempena Syawal

Wednesday, July 8, 2015

Badar Al-Qubra PAS Kawasan Gopeng di Markaz PAS Pengkalan Pegoh

7 Julai 2015 (20 Ramadhan) Selasa - Majlis Badar Al-Qubra anjuran Lajnah Penerangan & Media Baru PAS Kawasan Gopeng telah diadakan di Markaz PAS Cawangan Pengkalan Pegoh. Majlis bermula selepas solat Isyak. Penceramah yang hadir ialah YB Radzi bin Zainon, Haji Salahuddin Ayub dan YM Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss. Turut hadir, Ketua Cawangan PAS Pengkalan Pegoh, Ustaz Husni.




Tuesday, July 7, 2015

Markaz PAS Maju Rapat

4 Julai 2015 (17 Ramadhan) Sabtu - PAS Cawangan Maju Rapat telah menganjurkan majlis penyampaian bantuan Ramadhan serta iftar bersama di Markaz PAS Maju Rapat. YB Radzi Zainon turut hadir menyampaikan bantuan tersebut. Program berakhir dengan tazkirah yang disampaikan oleh YB Radzi Zainon selepas solat tarawih dan witir.



Bazar Ramadhan Batu Gajah

5 Julai 2015 (18 Ramadhan) Ahad - YB Radzi Zainon bersama kepimpinan PAS kawasan Gopeng serta kepimpinan PAS kawasan Batu Gajah telah bersama-sama turun padang menyampaikan bubur lambuk yang disumbangkan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor serta dalca yang disumbangkan oleh PAS kawasan Batu Gajah. Turut hadir YDP PAS Kawasan Parit, Ustaz Ismi. Program tersebut juga dimeriahkan dengan kehadiran kepimpinan Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat serta Unit Amal. 

Sebahagian kepimpinan yang hadir



Turut kelihatan YDP PAS Kawasan Gopeng, Tn Hj Abdul Rahim


Monday, July 6, 2015

Kampung Seri Jaya

5 Julai 2015 (18 Ramadhan) Ahad - PAS Cawangan Seri Jaya telah menganjurkan penyampaian bantuan Ramadhan / Aidilfitri yang melibatkan tiga kampung iaitu Kampung Teluk Pedang, Kampung Seri Jaya dan Kampung Baru Batu 5. YB Radzi Zainon telah meluangkan masa menyampaikan bantuan tersebut. Seramai 18 orang penerima telah hadir ke majlis tersebut. Hadir sama ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Batu Gajah (Puan Maziah Khori), Ketua Lajnah Kebajikan/Kemasyarakatan (En Khairol Shapie) serta Ketua Lajnah Politik & Pilihanraya (Encik Salim) dan Ketua Pemuda PAS Batu Gajah (Ustaz Osman).





Program Dewan Muslimat PAS Gopeng 2

Program edaran sumbangan sempena Ramadhan & Hari Raya Aidifitri 2015 pd 4/7/15 @ 9.00 pagi kpd 7 org fakir miskin non- muslim sekitar Taman Song Choon, Ipoh sumbangan NGO-HALUAN disampaikan oleh wakilnya Dr. Kursiah. Program dianjurkan dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Rapat.


Program bersama Dewan Muslimat PAS Kawasan Gopeng 1

4 Julai 2015 (17 Ramadhan) Sabtu - Dewan Muslimat PAS Kawasan Gopeng telah mewakili YB Radzi Zainon telah menyampaikan bantuan kepada fakir miskin di sekitar Pengkalan Pegoh dan Kg Seri Rahmat. Seramai 20 orang penerima yang layak telah dipilih oleh Dewan Muslimat PAS Gopeng.




Thursday, July 2, 2015

Rumah Orang Tua Ara Payung

2 Julai 2015 (15 Ramadhan) Khamis - PAS Kawasan Batu Gajah telah menganjurkan penyerahan bantuan sempena Aidilfitri kepada penghuni Rumah Orang Tua Ara Payung. YB Radzi Zainon telah menyampaikan sendiri bantuan ini kepada 9 orang penerima. Bantuan ini merupakan sedikit barangan untuk penghuni rumah orang tua ini menyambut Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.