Friday, January 30, 2015

Ziarah adik Muhd Aril Zafran bin Jamilulehsan yang menderita sakit bengkak hati atau biliary-atresia di Taman Desa Perlancongan

Khamis 29 Januari 2015 - YB Radzi bin Zainon bersama dengan Muslimat PAS Desa Perlancongan telah menziarahi adik Muhd Aril Zafran bin Jamilulehsan (8 bulan) yang menderita  penyakit bengkak hati atau biliary-atresia sejak dilahirkan. Adik Muhd Aril Zafran perlu dibedah segera dengan kos RM 250k di India dan orang ramai yang ingin menziarahi keluarga beliau boleh lah berbuat demikian di alamat No. 36, Persiaran Pinji Selatan 15, Taman Desa Pelancongan, Lahat, Perak. 






YB Radzi juga turut menyampaikan sedikit sumbangan bagi meringankan beban keluarga adik Muhd Aril. Moga Allah permudahkan segala urusan keluarganya.

Ziarah di Taman Desa Pengkalan

Khamis 29 Januari 2015 - YB Radzi bin Zainon bersama dengan petugas Pusat Khidmat Masyarakat Desa Aman telah menziarahi keluarga mangsa bunuh di Melaka Allahyarham Mohd Azzad Suhani bin Hilaluddin di kediaman mereka di Taman Desa Pengkalan. Keluarga mangsa sempat menceritakan kembali saat-saat terakhir bersama dengan Allahyarham yang dikenali sangat pendiam dan rapat dengan ibunya. YB Radzi juga sempat menghadiahkan tahlil dan doa buat Allahyarham serta keluarga serta menyampaikan sedikit sumbangan kepada keluarga Allahyarham. Di doakan moga Allahyarham di tempatkan dikalangan mereka yang beriman.


Mahkamah tolak saman Putrajaya atas himpunan Bersih 2012

Mahkamah Tinggi menolak tuntutan saman ganti rugi kerajaan persekutuan terhadap kumpulan reformasi pilihan raya Bersih bagi kerosakan harta benda semasa perhimpunan pada April 2012 di Kuala Lumpur, mengatakan Putrajaya tidak dapat membuktikan “balance of probability” (kebarangkalian yang munasabah).

Hakim John Louis O' Hara mengumumkan keputusan itu dalam satu penghakiman lisan hari ini.
Pada Mei 2012, Putrajaya mengambil langkah yang tidak pernah dibuat sebelum ini dengan menyaman pengerusi bersama Bersih ketika itu, Datuk Ambiga Sreenivasan, dan ahli jawatankuasa pemandu kumpulan itu, sebagai penganjur perhimpunan, menuntut ganti rugi sebanyak RM122,000.
Kerajaan memfailkan saman terhadap Ambiga di bawah Seksyen 6(2)(g) Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012 yang menyatakan penganjur perlu "memastikan perhimpunan itu tidak akan membahayakan kesihatan atau menyebabkan kerosakan kepada harta atau alam sekitar".
Tetapi pada Jun 2012, Ambiga memfailkan saman balas terhadap Putrajaya, mendakwa kerajaan melanggar hak perlembagaan beliau.
Antara lain, bekas pengerusi Majlis Peguam itu berkata, PAA bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, khususnya Seksyen 6 yang katanya membataskan haknya terhadap kebebasan berhimpun. – 30 Januari, 2015.

Adakah Daim & Dr Mahathir di belakang Saiful Bukhari, soal PKR...?

PKR hari ini mempersoalkan adakah Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin berada di belakang Mohamad Saiful Bukhari Azlan, selepas isteri pengadu kes liwat II itu mengambil keputusan berhenti daripada TV3. 

Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, apa yang dibimbangkan ialah, kes rayuan liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin berdepan campur tangan bagi mengelak tekanan pihak tertentu.
"Tiba-tiba Saiful menyatakan isterinya berhenti (kerja) kerana diarahkan membuat liputan menyerang tokoh yang dihormati iaitu Daim dan Dr Mahathir.
"Adakah Daim dan Dr Mahathir di belakang Saiful? Ini juga satu persoalan yang menarik untuk kita minta penjelasan kerajaan," katanya kepada The Malaysian Insider.
Saiful (gambar) pada minggu lalu mendedahkan isterinya, Nik Suryani Megat Deraman berhenti kerja dari stesen televisyen swasta TV3 kerana tidak berpuas hati selepas diberi arahan membuat liputan ke atas PKR yang menyerang Daim.
Dia mempertikaikan ruang yang diberikan TV3 kepada pemimpin PKR itu untuk menyerang bekas menteri kabinet zaman Dr Mahathir tersebut."Bukan niat untuk persoal mengapa TV3 serang Daim, tapi mahu persoal mengapa beria sangat bagi liputan pada PKR?
"TV3 dah jadi media PKR ke? Tak ada orang sendiri yang berani dedah ke? Hari tu Shamsul Iskandar, sekarang ini Anwar pula?" katanya menerusi blog www.mohdsaifulbukhari.blogspot.com.
Shamsul Iskandar juga mengingatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, pertelingkahannya dengan Daim haruslah tidak meninggalkan sebarang kesan dalam keputusan mahkamah berhubung rayuan kes liwat II kelak.
“Saya ingin ingatkan perdana menteri agar tidak terbawa-bawa dalam kes ini kerana kita bimbang kes Anwar juga dimanfaatkan untuk tujuan perundingan, mungkin dengan Dr Mahathir, kerana takut dengan tekanan, menyebabkan kes ini dicampur tangan.
"Ini juga perkara yang harus dijelaskan perdana menteri. Perkara ini tidak boleh dilihat berlanjutan," katanya.
Ahli Parlimen Bukit Katil itu berkata, kesediaannya bersama Anwar dalam mendedahkan salah laku Daim tidak boleh dianggap membantu jentera kempen yang digerakkan Najib.
Katanya, pendedahan yang mereka lakukan terhadap Daim bermula lebih awal sejak kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang pada tahun lalu.
“Ketika kita bangkitkan isu ini, tidak ada perang. Kita bawa isu ini secara konsisten. Mungkin persepsi orang menilai begitu.
"Kalau dilihat fokus dan komitmen kita daripada awal, memang tujuan saya dan Anwar membawa Daim ialah supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berani menyiasat beliau.
"Oleh sebab terdapat pergaduhan dan kes ini ditimbulkan, pada saya, itu bonus kepada PKR dan Pakatan Rakyat, apatah lagi Anwar," katanya.
Shamsul Iskandar berkata, publisiti yang diberikan TV3 dalam kes siasatan rasuah Daim tidak akan ditolak kerana ia akan membantu rakyat mendapat lebih maklumat.
Katanya, pergaduhan pemimpin Umno tiada kaitan dengan PKR dan ia sesuatu yang tidak dapat dielakkan.
“Mereka nak bergaduh kita nak buat macam mana? Kita bukan sebahagian daripada pertelingkahan mereka.
“Kebetulan kali ini diberikan sorotan lebih baik. Adakah saya nak tolak? Tentu saya dan Anwar tak menolak kerana itu baik untuk negara ini.” – 29 Januari, 2015.


Dasar GST ke atas buku mengelirukan, kata penerbit buku

Putrajaya digesa mengecualikan semua jenis buku dari dikenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), dan bukannya hanya membuat pengecualian yang terhad ke atas beberapa  jenis buku sahaja, kata penerbit buku tempatan yang merungut tiada maklumat jelas mengenai pelaksanaan cukai itu terhadap perniagaan mereka. 

Tindakan kerajaan mengehadkannya kepada buku tertentu mengelirukan mereka memandangkan bahan yang digunakan bagi mencetak buku tidak berkadar sifar dan terdapat banyak jenis percetakan di pasaran.
Persatuan Penerbit Buku Malaysia (Mabopa) berkata mereka kini berada dalam keadaan "kabur" mengenai kaedah pelaksanaan sistem pencukaian GST pada 6% itu ke atas buku apabila ia dilaksanakan mulai 1 April kelak.
"Kami penerbit buku kini berada dalam keadaan sukar, semuanya kabur meskipun ada penerangan dibuat pihak kastam, namun ia tidak banyak membantu," kata Setiausaha Mabopa Arief Hakim Sani Rahmat kepada The Malaysian Insider.
Arief yang juga pengarah urusan PTS Publication & Distributors Sdn Bhd berkata, meskipun GST akan dilaksanakan dalam masa kurang 3 bulan lagi, namun sehingga kini kaedah sesuai dalam pencukaian GST buku masih lagi menjadi perdebatan.
"Status bercampur ini amat sukar kerana ia sangat kompleks dan memerlukan kaedah yang kemas untuk dilaksanakan," katanya yang mengakui situasi tersebut cukup meresahkan penerbit buku.
Meskipun bahan bacaan dikategorikan sebagai berkadar sifar GST, ia hanya terhad kepada beberapa jenis buku sahaja.
Dalam senarai Jabatan Kastam, pewartaan barangan sifar GST tertakluk antara lain kepada buku mewarna kanak-kanak, buku latihan, buku teks, kamus, kitab agama dan surat khabar.
Malah, dakwat dan kertas, bahan asas yang digunakan dalam percetakan buku, merupakan antara barangan yang tersenarai dalam pelaksanaan cukai GST.
Ditanya sama ada rakyat bakal menyaksikan kemungkinan berlakunya kenaikan harga buku susulan pelaksanaan GST, Arief tidak menolak perkara itu.
Bagaimanapun, katanya, rakyat tidak perlu menunggu pelaksanaan GST bagi menyaksikan kenaikan harga buku.
"Sekarang ini yang membimbangkan GST namun kejatuhan mata wang Malaysia juga menjejaskan industri buku.
"Bila nilai matawang ringgit jatuh, kita menyaksikan harga kertas semakin tinggi. Sekarang pun kertas sudah naik harga, kerana ia barangan komoditi," katanya.
Arief menggesa Putrajaya mempertimbangkan gesaan mereka kerana katanya, ia merupakan tanggungjawab sosial kerajaan dalam bidang pendidikan.
"Kita tidak menentang GST, namun lebih wajar semua jenis buku dijadikan sifar GST," katanya.

Penggiat buku alternatif paling terjejas

Tidak dapat dinafikan, penggiat buku alternatif antara yang paling terjejas dengan pelaksanaan GST kelak.
Pencetak buku bebas ini menjual dan menerbit buku dengan jumlah pendapatan tidak lebih RM50,000 setahun, mengikut syarat yang ditetapkan untuk berdaftar dengan pihak kastam.
Pemilik syarikat Neon Terbit, Firdaus Abdillah Hamzah berkata, status penerbit buku kecil adalah sama dengan pengguna atau pembeli buku.
"Kalau mereka rasa terjejas, penerbit buku kecil juga terjejas," katanya yang mengakui masih belum membuat sebarang persediaan pelaksanaan GST.
Katanya beliau tidak menentang pelaksanaan GST tetapi mempersoalkan mengapa buku perlu tersenarai dalam cukai tersebut.
Malah, Firdaus mendakwa pihak berkuasa gagal memberi penerangan secukupnya mengenai cukai tersebut kepada golongan sasaran.
"Kalau kita tengok iklan dalam televisyen pun, masih belum memadai dalam memberi pemahaman tentang cukai," katanya.
Memahami beban yang dihadapi pengguna, sebuah lagi syarikat penerbit buku bebas iaitu Dubook Press, tampil dengan pendekatan berani tidak mahu mengenakan cukai GST bagi setiap pembelian bukunya.
"Kita memutuskan menjadi ibarat lilin yang membakar diri kerana tidak mahu membebankan pengguna," kata Ketua Pengarah Eksekutif Dubook Press, Mutalib Uthman.
Mutalib berkata pihaknya kini mencari pendekatan paling efektif untuk tidak mengenakan cukai kepada pengguna dan pada masa sama tidak mewujudkan jurang kerugian besar yang perlu ditanggung syarikat.
Antara pendekatan yang boleh diambil katanya ialah dengan meningkatkan penjualan buku dan pembelian secara terus dari pengguna kepada syarikatnya.
"Kebiasaannya sebelum ini, penerbit buku banyak terbeban akibat daripada orang tengah yang mengambil peratus penjualan lebih separuh daripada keuntungan kita.
"Kerana itu kita yakin kalau tiada orang tengah dan pembaca membeli secara terus daripada kita, maka kita boleh menyerap kos tersebut untuk tidak mengenakan GST," katanya sambil berkata ketika ini, harga maksimum sebuah buku yang dijual ialah RM25.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar turut mengecam tindakan Putrajaya mengenakan sifar GST terhad kepada buku tertentu.
Katanya, kajian yang dijalankan Persatuan Penerbit Antarabangsa, yang melihat kepada nilai tambah GST, mendapati daripada 51 negara yang dikaji, 47 mempunyai potongan khas dan pengecualian untuk buku bercetak.
Laporan itu menyatakan walaupun krisis ekonomi global berlaku dan VAT-SGT (nilai tambah)   berubah di banyak negara, buku disahkan menjadi antara barang dan perkhidmatan yang dimeritkan sebagai istimewa, dikurangkan kadar VAT-GST atau dikecualikan cukai. – 30 Januari, 2015.

YB Radzi memberi sokongan moral kepada YB Dato' Seri Nizar

Jumaat 30 Januari 2015 - YB Radzi bin Zainon bersama dengan pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat turut memberi sokongan moral kepada YB Dato' Seri Nizar Jamaluddin di Mahkamah Majistret Ipoh atas dakwaan memfitnah Najib.


MH370 : Waris berang disuruh tonton TV


Waris penumpang pesawat Malaysia Airlines MH370 mempersoalkan tindakan kerajaan yang hanya menghubungi mereka di saat akhir untuk memaklumkan berkenaan sidang media kes tersebut hari ini.

Salah seorang daripadanya, Lim Wee Hoon berkata, beliau dihubungi oleh MAS pada kira-kira jam 2.40 petang ini dan diminta untuk mengikuti siaran langsung sidang media di televisyen.

"Mereka fikir saya boleh ada TV di hadapan saya sepanjang masa,” katanya kepada pemberita yang hadir ke sidang media tersebut.

Walaupun ia merupakan acara untuk petugas media, sekurang-kurangnya tujuh orang waris penumpang hadir ke kawasan acara tersebut dan mengambil tempat duduk di kalangan petugas media.

Mereka mendakwa mendengar desas desus mengenai sidang media tersebut sejak Selasa malam lalu.

Siaran tersebut dijadualkan berlangsung pada jam 3.30 petang dan kemudiannya dibatalkan pada saat akhir petang ini disebabkankehadiran waris tersebut.

Pemantau : Najib letakkan politik mengatasi hak asasi manusia


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikritik kerana “meletakkan politik melebihi hak asasi manusia” kerana mempertahankan Akta Hasutan 1948 yang dijanji dimansuhkan sebelum ini.

Timbalan Pengarah Asia Human Rights Watch Phil Robertson mengulas berhubung pengeluaran laporan 656 halaman berhubung amalan hak asasi manusia sedunia di 90 negara.



“Pembatakan ikrar memalukan perdana menteri Najib untuk menamatkan akta hasutan menunjukkan kesediaannya meletakkan politik melebihi hak asasi,” katanya.

Dalam kenyataannya hari ini, Robertson (kiri) berkata tahap hak asasi manusia berada pada tahap rendah kerana kerajaan jelas percaya terhadap kekangan bersuara, mengganggu pembangkang dan mensasarkan tindakan undang-undang terhadap tokoh terkenal.

Laporan itu antaranya melaporkan berhubung penahanan banyak pihak bawah akta hasutan selepas membuat kenyataan kritikal terhadap kerajaan, pemimpin politik, parti pemerintah dan raja-raja.

Sekurang-kurangnya 20 orang didakwa, termasuk empat anggota parlimen kanan.

Najib pada 2012 mengumumkan bahawa akta itu akan dimansuh.

Namun dalam perhimpunan agung Umno baru-baru ini, beliau mengumumkan hasrat itu dibatalkan.

Laporan itu juga membangkitkan bagaimana Malaysiakini sering menjadi sasaran pemerintah.

Monday, January 26, 2015

Ketepikan perbezaan, sepakatlah dalam kesatuan


Setiap parti mempunyai dasar dan agenda masing-masing. Atas prinsip perjuangan posisi dan dasar inilah yang menjadi nadi untuk setiap parti untuk terus berjalan dan terus maju.
Apabila wujudnya gabungan politik antara parti, maka harus wujudlah pula sikap tolak ansur dan hormat-menghormati antara setiap parti.
Apabila jurang perbezaan yang diperbesarkan, maka akan mengecillah ruang persamaan. Jika ini berterusan, muafakat itu akan pasti hancur.
Sebaliknya, apabila kita membesarkan ruang persamaan, maka akan kecillah jurang perbezaan. Dengan itu, muafakat itu akan kekal dan subur.
Sikap inilah yang sepatutnya dikekalkan seandainya Pakatan Rakyat ingin terus kekal. Bukankah PR pernah bersetuju bahawa persamaan antara 3 parti adalah jauh melebihi perbezaan antara mereka? Mengapa harus terus bertelingkah atas perkara yang berbeza tapi mengetepikan perkara yang membawa kita bersama?
Rakyat Malaysia sudah naik muak dengan pertembungan dan saling menyerang antara satu sama lain.
Masalah dalaman mesti dibawa ke meja perundingan dan dasar dan perjuangan setiap parti mesti dihormati.
Andainya ketiga-tiga parti merasakan jurang perbezaan terlalu besar dan tidak mungkin lagi adanya muafakat serta sikap saling menghormati, barangkali sudah sampai masanya untuk memikirkan semula segalanya kerana setiap parti sedar bahawa tiada parti yang boleh berjaya jika ia bersendirian. 
Namun, hakikatnya, semua sayangkan gabungan ini, dan rakyat pernah berharapan besar untuk gabungan politik ini.
Oleh itu, PR perlu memandang ke hadapan dan melihat musibah besar yang sedang melanda negara dan keperluan rakyat ini memerlukan perubahan besar kepimpinan politik negara.
Isu rasuah, salah guna kuasa, hutang negara dan bebanan ekonomi rakyat, isu keselamatan negara dan penyalahgunaan kuasa kepimpinan BN semua memerlukan tindakan dan perhatian segera dan khusus. Semua ini medan yang baik bagi membina persamaan antara parti komponen PR dan juga mengembalikan keyakinan rakyat terhadap PR.

Friday, January 23, 2015

Program Ziarah di Kampung Pisang dan Kampung Sg Terap

Khamis 22 Januari 2015 - Program Pusat Khidmat Masyarakat Batu Gajah bermula jam 9.30 pagi di warong kopi Pak Saleh menerima aduan berkenaan kes tanah oleh tuan kedai.Ziarah sumbangan ke beberapa buah rumah di persekitaran UPU Kg Pisang seterusnya ke Kg Sg Terap.









 
Menziarahi kediaman En Bakarudin bin Lodin dan meninjau perparitan yg diselenggara JPS yg tidak selari dengan tanah hak milik persendirian di Kg Tersusun Sg Terap.

Wednesday, January 21, 2015

Nik Aziz semakin pulih, kata anak

Anak kepada mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, bapanya itu kini beransur pulih dan sudahpun mampu bangun untuk bertegur sapa pagi ini.

Nik Mohamad Abduh berkata, bapanya itu bagaimanapun masih dalam rawatan rapi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

"Alhamdulillah, pagi ini ayahanda menunjukkan reaksi lebih baik dan semakin positif terhadap semua rawatan yang diberikan.

"Ayahanda sedar awal pagi tadi, solat Subuh, minum teh O, bertanya khabar beberapa ketika dan mengukir senyum.


"Selepas tidur kembali, beliau sedar dan minta untuk minum lagi," kata MP Pasir Mas itu lagi dalam tulisan di Facebook.


Sementara itu, laporan Bernama menyebut, Nik Abduh juga berkata doktor meminta ahli keluarga menderma darah sebagai persediaan.

"Pemeriksaan melalui CT scan juga normal, cuma doktor meminta anggota keluarga yang sihat supaya menderma darah untuk persediaan jika keadaan memerlukan," katanya kepada pemberita di hospital itu hari ini.

Katanya, bapanya turut bertanyakan mengenai tahap kesihatannya sepanjang berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Neuro itu.

Nik Abdul Aziz, 84 dimasukkan ke unit rawatan tersebut semalam.

Menurutnya Nik Abdul Aziz sudah lama menghidap kanser prostat dan penyakit itu dapat dikawal selepas rawatan berterusan dilakukan.

Beliau berkata pelawat yang mahu menziarahi bapanya akan dibenarkan berbuat demikian oleh pihak hospital dan keluarganya sahaja.

"Terima kasih juga kepada seluruh rakyat Malaysia yang mendoakan untuk kesihatan ayahanda," katanya.

Malam tadi, Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan melawat Nik Abdul Aziz.

Nik Abdul Aziz, yang menjadi menteri besar Kelantan sejak 1990, menyerahkan jawatan itu kepada timbalannya Datuk Ahmad Yakob selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 2013.

Najib hina parlimen, kata MP

Perdana Menteri Datuk Seri  Najib Abdul Razak didakwa menghina parlimen kerana membuat pengumuman berhubung kedudukan perkembangan ekonomi semasa di Putrajaya hari ini.

Anggota parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, walaupun beliau bertanggungjawab terhadap parlimen, pengumuman itu sebaliknya dibuat di Putrajaya di hadapan tetamu undangan, termasuk diplomat, pemimpin perniagaan, NGO dan anggota parlimen BN.




 Bagaimanapun, kata Pua (kanan), wakil rakyat Pakatan diketepikan untuk pengumuman penting itu.

“Ini membiarkan anggota parlimen (Pakatan) sama sekali tidak berpeluang membahas dan memutuskan terhadap perubahan Belanjawan yang diluluskan di parlimen sebelum ini.

“Ia juga membuktikan bahawa kerajaan benar-benar menghina dan memandang hina institusi parlimen yang satu-satunya peranan bagi mereka sebagai pak turut untuk eksekutif diktator,” katanya.

Bandar Pengkalan Indah

Bandar Pengkalan Indah - Laluan belakang sekitar perumahan di Bandar Pengkalan Indah, Ipoh rosak teruk akibat lori sampah MBI yang lalu di laluan tersebut. YB Radzi Zainon turun padang meninjau kawasan tersebut bersama dengan wakil PKR Gopeng mendapati laluan tersebut terlalu sempit untuk laluan lori sampah dan ianya tidak sesuai. Longkang-longkang di persekitaran itu juga didapati tidak diselenggara oleh pihak berwajib. Ini telah menyebabkan pembiakan nyamuk aedes di kawasan perumahan tersebut.

Gambar sekitar kawasan bermasalah :





Medan Pengkalan Makmur

Medan Pengkalan Makmur - Kawasan permainan kanak-kanak di Persiaran Pengkalan Ria 3, Medan Pengkalan Makmur, 31650 Ipoh, Perak tidak diselenggara dengan baik oleh pihak berwajib menyebabkan berbahaya kepada kanak-kanak yang bermain di kawasan tersebut. Antaranya, buaian hanya tinggal besi sahaja & kerusi tidak ada tempat duduk. Longkang di sekitar kawasan permainan kanak - kanak tersebut juga tidak diselenggara menyebabkan rumput tumbuh memenuhi longkang-longkang tersebut. Sila rujuk gambar di bawah.




Taman Pinji Mewah

Taman Pinji Mewah - YB Radzi Zainon turun padang melihat kawasan yang bermasalah di Taman Pinji Mewah. Antaranya jalan yang berlubang-lubang dan bertampal-tampal, paip air bawah tanah yang bocor dan isu longgokan sampah haram di belakang deretan kedai. Permasalahan ini berlaku di kawasan Persiaran Zarib 3. Kawasan ini juga sering dijadikan kawasan mat-mat rempit berkumpul dan berlumba motor secara haram. Pihak YB Radzi memohon agar MBI dan berwajib dapat melakukan sesuatu supaya masalah ini dapat diselesaikan dengan segera.




Tuesday, January 20, 2015

Hutang Malaysia sudah RM569b

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diingatkan supaya tidak terus meminjam untuk menangani kurangan besar dalam Belanjawan 2015 kerana ia akan membebankan negara.

Anggota parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin berkata kurangan yang dicetuskan oleh kejatuhan harga minyak dunia, masalah ringgit melemah dan perbelanjaan menangani banjir, boleh mencecah sehingga RM25 bilion (9.2 peratus) daripada keseluruhan belanjawan.

“Kami gesa perdana menteri untuk berterus terang berhubung jumlah kurangan belanjawan dalam taklimat khas esok.

“Bawah keadaan ekonomi menekan, kerajaan mempunyai dua kaedah untuk menyelesaikan masalah belanjawan: potong perbelanjaan atau mengambil pinjaman tambahan.

“PKR ingin memberi amaran kepada kerajaan untuk tidak mengambil pinjaman tambahan,” kata Sim yang juga pengarah strategi PKR.

Sim mengingatkan bahawa pentadbiran Najib sudah menyaksikan hutang tertinggi sebanyak RM568.9 bilion atau 52.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Jika mengambil kira liabiliti luar jangka, ia sudah mencecah 70 peratus daripada KDNK,” kata Sim.

GST.....


Monday, January 19, 2015

Penurunan Harga Minyak dan Junaman Ringgit : Kerajaan Perlu Bertindak Segera

Pada 12 Disember tahun lalu, saya telah memaklumkan kepada rakyat Malaysia untuk
bersedia menghadapi waktu-waktu sukar kerana kita sedang berhadapan dengan hentakan
berganda melalui penurunan harga minyak mentah antarabangsa di samping penyusutan nilai
Ringgit Malaysia ke tahap terendah semenjak krisis kewangan Asia pada tahun 1997.
Harga minyak mentah Brent terus menurun. Sehingga kini, ia telah menyusut sebanyak 53
peratus dari tahun lepas, yakni daripada purata 108 Dollar Amerika Syarikat setong pada
Januari 2014 kepada 51 Dollar Amerika Syarikat secara purata bagi bulan Januari 2015.
Nilai Ringgit kini merupakan matawang Asia yang paling lemah, mengkesampingkan nilai
Yen. Ia telah menyusut kepada RM3.55 untuk setiap 1 Dollar Amerika Syarikat daripada
RM3.32 setahun yang lalu. Sejak Oktober 2014, ringgit telah menyusut hampir 8.3 peratus.
Benar, bahawa matawang Asia yang lain turut menyusut dan terkesan ke atas Dollar Amerika
Syarikat, tetapi matawang kita jatuh hampir dua kali ganda jika dibanding Dollar Taiwan dan
Dollar Singapura pada 4.59 peratus dan 4.50 peratus masing-masing berbanding Dollar
Amerika Syarikat. Harga minyak sawit mentah juga melemah pada anggaran 10 peratus kepada RM 2300 satu tan.

Dampak Pada Hasil Negara Pendapatan daripada minyak dan gas membentuk 30 peratus daripada keseluruhan pendapatan kerajaan. Belanjawan Persekutuan 2015 yang telah dibentangkan pada 10
Oktober tahun lepas adalah berasaskan kepada julat harga minyak mentah antara 100 ke 105
Dollar Amerika Syarikat setong. Malah sebelum penyusutan ke tahap semasa, Petronas telah memberi amaran sekiranya harga minyak mentah pada anggaran purata 70 ke 75 Dollar Amerika Syarikat, keseluruhan sumbangan kepada pendapatan kerajaan akan menyusut sebanyak 8 peratus. Ini bermakna
pengurangan sebanyak RM 19.4 billion daripada anggaran pendapatan sebanyak RM 242 billion ke atas unjuran belanjawan 2015. 

Kini, dalam pada harga minyak menurun hampir separuh, apakah dampak sebenar ke atas
pendapatan negara?

Meskipun dimaklumi bahawa akan berlaku penjimatan subsidi minyak, namun sebagaimana
yang dilapor oleh Maybank Research di dalam penerbitan terbaharu mereka, penyusutan
pendapatan sebanyak RM 8.4 billion akan melangkaui penjimatan subsidi dan mengakibatkan
defisit fiskal sebanyak 4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan
bukannya seperti yang sasaran 3 peratus untuk tahun 2015.
Menurut Goldman Sachs dan Morgan Stanley, harga minyak mentah bakal terus terapung di
antara 40 ke 50 Dollar Amerika Syarikat pada tahun 2015. Ini membawa maksud kesan ke
atas pendapatan kerajaan dan defisit akan menjadi lebih parah. Beberapa penganalisis
memberi peringatan mengenai tahap defisit yang mampu mencecah setinggi 5 peratus. Ini
akan berlanjutan sekiranya nilai Ringgit Malaysia terus menyusut dan harga minyak sawit
mentah terus jatuh.
Dari segi pelaburan ekuiti, menurut CLSA (Credit Lyonnais Securities Asia), Malaysia
mencatatkan prestasi pasaran saham terburuk Asia pada tahun 2014. Meskipun bursa saham
Indonesia, Thailand dan Singapura masih berjaya mencatatkan pertumbuhan positif, bursa
saham negara mencatatkan penurunan yang signifikan.
Selain daripada faktor-faktor yang dinyatakan terdahulu, terdapat juga isu berkaitan aliran
keluar modal asing daripada kedua-dua pasaran bon Ringgit (45 peratus daripada keseluruhan
MGS (sekuriti kerajaan Malaysia)) dan ekuiti. Tarikan pasaran yang lemah serta
ketidaktentuan fiskal akan mendorong Ringgit menyusut ke tahap terendah dalam sejarah
serta menolak kadar pulangan MGS dan menaikkan kos pembiayaan (nisbah hutang kepada
KDNK pada 55 peratus).

Apa Yang Harus Kerajaan Lakukan Sekarang?

Pertama sekali, korupsi dan ketirisan perlu ditangani. Kami melalui Pakatan Rakyat telah
membentangkan dalam Belanjawan Bayangan Pakatan Rakyat 2015 bahawa penjimatan
konservatif hanya pada kadar 15 peratus dalam ketirisan perbelanjaan kerajaan mampu
menjimatkan hampir RM 20 billion atau bersamaan 1.6 peratus daripada unjuran KDNK.
Kedua, kita harus menghentikan budaya pembaziran serta cara hidup mewah dan boros yang
diselimuti melalui proses perolehan yang samar dan amalan penswastaan yang legap.
Kerajaan perlu berhenti menyorok setiap hutang lapuk di bawah hamparan luar kunci kira-
kira.
Tiada satu sebarang alternatif kepada tatakelola yang baik selain daripada maklumat yang
benar dan telus berhubung kewangan negara. Dalam hal ini, kita sudah sedia terkesan
dibebani skandal 1MDB. Rakyat sudah muak dan tidak mampu bertolak ansur lagi.
Ketiga, Jawatankuasa Krisis Nasional yang bersifat rentas parti politik perlu ditubuhkan pada
kadar segera melibatkan Ahli-ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang, para ekonomis,
pakar-pakar pasaran serta pakar dalam bidang-bidang berkaitan.
Jawatankuasa ini, antara lain hendaklah ditugaskan dengan peranan dan tanggungjawab untuk
memantau harga komoditi setiap hari dan diberikan kuasa untuk melaksanakan segala
langkah bersesuaian untuk mengurangkan dampak negatif selepas sebarang konsensus
dicapai.
Keempat, kerajaan perlu bersedia untuk memperkenalkan langkah-langkah penjimatan
sekiranya harga minyak menyusut ke tahap lebih rendah dan kekal statik. Ini bermaksud
keperluan memangkas projek-projek mega, tetapi meneruskan perbelanjaan dalam bidang-
bidang kritikal seperti kesihatan, pendidikan, dan bantuan kemanusiaan untuk mangsa banjir.
Perlu diingatkan bahawa negara-negara yang bergantung kepada hasil mahsul minyak seperti
Norway (yang mempunyai tatakelola terbaik) juga telah berada dalam mod bersedia untuk
berhadapan dengan kesan jangka panjang berikutan harga minyak yang rendah.
Diakui bahawa pergerakan harga komoditi antarabangsa merupakan sesuatu di luar kawalan
kita. Sungguhpun begitu, kita berkemampuan mengawal seluruh cara perbelanjaan dan
pengurusan kewangan negara.
Di sinilah kerajaan gagal dan terus gagal meskipun Pakatan Rakyat berulang kali menggesa
agar berpijak pada bumi yang nyata dan mengambil langkah-langkah pencegahan. Apakah
yang telah dilakukan sebelum ini? Apakah ini sikap yang memperlihatkan kesungguhan
kerajaan untuk bertransformasi?

Krisis Banjir dan Pengajarannya

Inilah sikap yang sama yang telah mengakibatkan kemusnahan dek bencana banjir baru-baru
ini. Banjir merupakan satu fenomena saban tahun yang telah berlaku berabad lamanya, tetapi
tiada langkah kawalan dan pencegahan yang serius dilaksanakan oleh pihak kerajaan.
Dalam hal ini, kita harus mengagumi badan-badan NGO yang datang beramai-ramai
menghulur bantuan. Melangkaui batas agama dan bangsa yang berbeza, sokongan dan
kesiapsiagaan untuk membantu mangsa-mangsa banjir merupakan sesuatu yang belum
pernah berlaku sebelumnya dan menunjukkan peri penting Kerajaan Persekutuan
bekerjasama dengan Kerajaan-kerajaan Negeri Pakatan Rakyat bersekali dengan badan-badan
NGO.

Mesej Kepada Rakyat

Zaman sukar menanti kita kesan daripada perbelanjaan kerajaan yang bakal dikurangkan dan
pertumbuhan ekonomi yang turut menguncup. Rakyat perlu kekal berjimat cermat dan
jangan menambah hutang atau komitmen kewangan yang tidak perlu.
Tatkala inflasi berterusan meningkat di saat penggajian kekal di takuk lama, rakyat akan
berhadapan dengan kesukaran ekonomi yang hebat dan ketidakseimbangan pendapatan akan
terus melebar.
Justeru, kami menggesa kerajaan agar telus dalam meramal ekonomi negara. Rakyat
menantikan pengumuman Selasa ini dan menjangkakan usaha Kerajaan Persekutuan yang
serius lagi bersungguh-sungguh untuk menstruktur semula Belanjawan 2015.

ANWAR IBRAHIM

Pusat Khidmat Masyarakat Taman Desa Aman

YB Radzi bin Zainon telah menziarahi PASTI Taman Desa Aman yang baru beroperasi. Program ziarah ini diadakan bersempena pembukaan Pusat Khidmat Masyarakat Taman Desa Aman pada 15 Januari 2015 yang lalu. Terima kasih diucapkan kepada sahabat-sahabat yang bertungkus lumus berusaha sehingga kan Pusat Khidmat Masyarakat Taman Desa Aman dapat beroperasi dengan rasminya. Pusat Khidmat Masyarakat Taman Desa Aman akan beroperasi pada setiap Khamis minggu kedua dan keempat bermula jam 10 pagi hingga 1.00 tengah hari. Maklumat lanjut boleh hubungi :

Penyelia PKM Taman Desa Aman Sdr Omar bin Mat Ibrahim 012-528 2442








Taman Song Choon

Isnin 19 Januari 2015 - YB Radzi bin Zainon menyantuni pekerja-pekerja MBI yang sedang membuat kerja-kerja penebangan pokok yang berbahaya kepada pengguna jalan raya di sekitar Taman Song Choon. Kerja-kerja penebangan pokok ini dilakukan setelah sekian lama YB Radzi membuat aduan kepada pihak MBI. Pihak YB Radzi bin Zainon mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak MBI yang telah mengambil tindakan sewajarnya setelah sekian lama aduan dibuat.






Taman Maju Rapat

Isnin 19 Jan 2015 - Pegawai Khas YB Radzi bin Zainon, Mejar (B) Yakub dan juga wakil Taman Maju Rapat, En Mat Osman telah pergi meninjau masalah yang dihadapi oleh penduduk Taman Maju Rapat yang mana terdapat belukar yang tidak diselenggara oleh pihak MBI yang telah menyebabkan pembiakan nyamuk aedes. Terdapat juga longkang disekitar taman tersebut yang tidak di naik taraf sudah lebih 30 tahun. Longkang sekitar taman tersebut juga banyak yang sudah pecah yang telah menyebabkan banjir berlaku.
Mohon pihak MBI dapat mengambil tindakan sewajarnya secepat mungkin.




Friday, January 16, 2015

MAKLUMAT PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT DUN SUNGAI RAPAT

Pusat Khidmat Masyarakat Desa Aman dengan rasminya telah dibuka kepada umum pada 15 Januari 2015 (Khamis). Mulai tahun 2015, tiga Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Rapat akan beroperasi seperti berikut :



PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT
DUN SUNGAI RAPAT ( MEDAN GOPENG )
NO. 20 JALAN LAPANGAN TERBANG
MEDAN GOPENG
31350 IPOH, PERAK

Tel : 05-312 2015 ( Pejabat )
019-282 6743 ( YB Radzi )
019-446 0518 ( Mej. (B) Yakub ) - Pegawai Khas



PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT
KAWASAN BATU GAJAH
NO. 203 KAMPUNG ARA PAYONG
31000 BATU GAJAH, PERAK

Tel : 017-593 0547 ( Puan Pauziah binti Ahmad ) - Pegawai Khas




PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT
TAMAN DESA AMAN
104 JALAN DESA PENGKALAN
TAMAN DESA PENGKALAN INDAH
31500 LAHAT, PERAK 

Tel :  012-528 3442 ( EN. OMAR BIN MAT IBRAHIM ) - Penyelas PKM

Dr. M : Di mana wang 1MDB ?

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad masih tidak berpuas hati dengan penjelasan firma pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bahawa dana sebanyak RM8.3 bilion yang dilaburkan di Kepulauan Cayman telah diperolehi semula.

Mahathir berkata, firma yang dicetuskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu perlu menjelaskan bank yang menjadi tempat pelaburan dana tersebut.

"Penjelasan itu tidak mencerahkan apa-apa kepada kita.

"Saya hendak tahu bank mana yang menyimpan wang itu. Jumlahnya berbilion dolar; kamu mesti simpannya di mana-mana.

"Saya tidak tahu di mana wang itu berada – ia adalah sebahagian daripada ketelusan," kata beliau dalam wawancara dengan Sarawak Report yang disiarkan semalam.

1MDB membuat pengumuman mengenai pemerolehan semula dana tersebut selepas firma tersebut dilaporkan terlepas membuat bayaran balik pinjaman berjumlah RM2 bilion (AS$563 juta) yang berakhir pada hujung Disember lalu.

Kontroversi mengenai 1MDB tercetus bulan ini juga menyebabkan firma tersebut distruktur semula dengan pelantikan seorang ahli perbankan di Abu Dhabi Arul Kanda sebagai presiden.

Syarikat 1MDB itu, yang dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan, menerima kritikan hebat atas pelaburan RM8.3 bilion di  di luar negara.

Wednesday, January 14, 2015

Taman Panorama Lapangan Perdana dan Bandar Cyber

YB Radzi Zainon turun padang meninjau permasalahan penduduk di Taman Panorama Lapangan Perdana dan Bandar Cyber. Aduan yang diterima adalah yang melibatkan lalu lintas jalan utama yang sibuk serta berbahaya. Juga persimpangan yang mengelirukan serta masalah kawasan semak samun dan longkang yang tidak diselenggara dengan baik di Bandar Cyber.




Kampung Sg Rokam dan Kampung Maju Rapat dilanda banjir

12 Januari 2015 - YB Radzi Zainon (ADUN Sg Rapat) bersama dengan Unit Amal PAS Gopeng telah turun padang dan menziarahi mangsa - mangsa banjir di Kampung Sungai Rokam dan Kampung Maju Rapat pada sebelah malam. Banjir tersebut berlaku akibat hujan lebat pada sebelah lewat petang hari berkenaan.





Banjir tersebut berlaku adalah disebabkan sistem perparitan serta sungai yang tidak diselenggara dengan baik oleh pihak berwajib. Perkara ini telah dibangkitkan beberapa kali oleh YB Radzi di dalam Sidang DUN tetapi masih belum ada apa-apa tindakan yang dilakukan oleh pihak berwajib seperti JPS. YB Radzi akan merujuk kembali kepada pihak JPS tentang permasalahan ini. Banyak kemusnahan kecil telah berlaku kepada beberapa penduduk tempatan yang tidak sempat memindahkan barangan rumah mereka. YB Radzi mengucapkan terima kasih kepada wakil-wakil PAS cawangan berkenaan yang pantas memberikan bantuan awal kepada mangsa banjir. 

Tuesday, January 13, 2015

Trend ke arah RON95 RM1.50 seliter akhir Januari


PKR terus mengkritik sistem penentuan harga minyak secara bulanan oleh kerajaan, yang terus menyaksikan harga runcit petrol RON95 lebih mahal daripada harga pasaran.

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata, berdasarkan mekanisme sedia ada pun, harga RON95 telah jatuh ke paras RM1.62 seliter pada 9 Januari lalu.

“Keadaan ini akan berterusan dan tidak mustahil menjelang akhir Januari 2015 harga RON95 (mengikut formula yang ditetapkan BN sendiri) akan jatuh ke paras RM1.50 seliter,” kata Rafizi.

Bagaimanapun, kata Rafizi, sistem penentuan bulanan sekarang menyebabkan rakyat Malaysia masih membayar harga RM1.91 seliter, 30sen hingga 40sen lebih mahal – perbezaan yang digelarnya sebagai “cukai tersembunyi”.

Dalam kenyataannya hari ini, Rafizi juga mendesak Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Hassan Malek mengumumkan mesyuarat tergempar berhubung perkara itu yang didakwa berlaku pada 9 Januari.

Menurut Rafizi, mesyuarat itu antaranya membincangkan cadangannya supaya sistem berasaskan stok konsainan (consignment stock) dilaksanakan dan harga minyak diturunkan setiap minggu.

“Saya juga menyeru supaya menteri KPDNKK membentang perkara-perkara ini dalam mesyuarat kabinet minggu ini dan satu keputusan diumumkan secepat mungkin bagi mengelakkan rakyat terus menjadi mangsa,” katanya.