Sunday, April 28, 2013

Kempen Radzi Zainon "Memeningkan" YB Hamidah..

Calon PAS DUN Sungai Rapat Ustaz Radzi Zainon
 




 Alhamdullillah...kempen YB Radzi Zainon,Calon PAS calon DUN Sungai Rapat di Desa Pinji malam tadi telah mendapat sambutan yang cukup hebat dari kaum India dan Cina yang datang untuk bertemu dangan  Calon Pas ini.

Mereka rata-rata menunjukkan sokongan secara terang-terangan dan inginkan perubahan.Mereka mahu calon PAS Ustaz Radzi Zainon memenangi PRU13 ini di DUN Sungai Rapat...Penerangan Manifesto PR yang disampaikan oleh Radzi Zainon malam tadi telah menambahkan keyakinan mereka akan kebolehan PR untuk mengambil semula Perak setelah dirampas secara tidak bertamadun oleh UmnoBn pada PRU12 yang lalu.

Mereka juga kesal dengan "Kesamsingan" YB Hamidah Osman yang melampaui batas berkempen apabila merosakkan banner,Billboard PAS dan PR yang sebahagiannya dipasang oleh kaum india ini sendiri.InsyaAllah dengan kempen "Samsing" Hamidah ini telah banyak menyedarkan pengundi DUN Sungai Rapat siapa sebenarnya Hamidah Osman selama ini...InsyaAllah Ini Kali Lah...Sumber : fb YBkitesungairapat

Saturday, April 27, 2013

Calon PAS Radzi Zainon DiCari Oleh Pemuda India Ini..











 Program santai bersama pengundi Kampung Ara Payong dalam DUN Sungai Rapat mendapat sambutan yang tidak diduga oleh pihak penganjur UPU Ara Payong..apabila ramai hadirin pelbagai kaum yang hadir memberikan sokongan kepada calon Pas Ustaz Radzi Zainon..Pada malam tadi juga penceramah jemputan yang tak asing lagi dikalangan orang muda iaitu Imam Muda Jabbar,juara Imam Muda musim ketiga.

Ucapan beliau yang diselang seli dengan nyanyian cukup mempersonakan golongan muda yang hadir..beliau menyeru agar warga Ara Payong membuat perubahan pada PRU 13 kali ini untuk kebaikan rakyat di negara ini..jamuan turut disediakan untuk meraikan para penyokong PR yang hadir..Sedang saya berjalan ke arah kereta seorang pemuda India bersama isterinya menyapa saya.." Encik..YB tarak mari ka..??" sambi senyum  saya pun membalas pertanyaannya "YB pergi tempat lain ini malam,nanti satu hari dia mari ini tempat " pemuda India itu mengangguk-anggukkan kepada dengan wajah yang tak berapa ceria mungkin kerana kehadiran mereka mahu berjumpa YB tidak kesampaian..pihak yang bertanggungjawab anda diminta fikir-fikirkan lah...jangan pisang berbuah two time..

 
 

Ketua Kg. Umno Masuk PAS..Tambah Kekuatan Calon PAS Sg. Rapat..

Rentetan keluarnya Haji Daud Bin Itam Raffar PJK daripada UMNO melalui surat rasminya kepada Setiausaha Agong UMNO bertarikh  8 Oktober 2012, pihak Team Kempen radzi Zainon telah menziarahi rumah beliau.

Lawatan ini disertai oleh beberapa wakil muslimat Batu Gajah yang mengiringi Calon PAS berkenaan untuk mendengar sendiri luahan hati Haji Daud yang juga merupakan bekas Ketua Kampung Ara Payong.

Beliau telah menyuarakan sokongan padu kepada PAS dan akan bersama-sama berkempen memenangankan Ustaz Radzi! Takbir!








Tuesday, April 23, 2013

100 borang ahli DHPP diserah di Taman Song Choon

Dialog yang diadakan oleh Pas Kawasan Gopeng dengan kerjasama Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) di UPU Taman Song Choon, Ipoh malam ini mendapat sambutan yang hangat daripada masyarakat India setempat.

Saudara Nali, Setiausaha DHPP Perak yang datang daripada Taiping telah memberikan satu impak baru kepada mereka dengan penerangannya yang begitu berkesan. Sesi dialog juga dibuka bagi mereka meluahkan segala pertanyaan yang masih tersimpan di minda.

Di akhir pertemuan, 100 borang ahli baru DHPP telah diserahkan oleh wakil mereka, Saudara Hanifah kepada Saudara Nali dengan di saksikan oleh YDP Pas Gopeng, Haji Abd Rahim Md Ariff dan Ketua UPU Taman Song Choon, Imam Zulkifli Tafsiron.


















Monday, April 22, 2013

Aktiviti Ustaz Radzi 22 April 2013

Jadual Ustaz Radzi Zainon hari ini agak padat dengan sesi yang telahpun di atur. Disertakan di sini beberapa gambar aktiviti Ustaz Radzi pada hari ini.


Ustaz Radzi menziarahi kematian di Kg Rapat Jaya. Sempat membacakan Yasin buat Allahyarham.


Bersama-sama dengan pengundi muda sambil memberikan sticker motor di Kg Ara Payung


Berdialog dan beramah mesra dengan masyarakat India di Ara Payung


Berjumpa dengan wakil masyarakat India di UPU Desa Pakatan


Ustaz Radzi mengunjungi Haji Daud yang telahpun meletakkan jawatannya sebagai Ketua Umno Cawangan Kg Muhibah Ara Payung



Surat perletakan jawatan Haji Daud. Beliau juga menyatakan hasratnya untuk turut berkempen bagi pihak Pas.


Ustaz Radzi mendengar dengan tekun cerita Haji Daud semasa minum petang bersamanya tadi.


Anak-anak muda Sri Jaya mendengar sedikit penerangan daripada Ustaz Radzi.

Pas Perak dedah Hamidah disiasat SPRM


IPOH: PAS Perak hari ini mendedahkan seorang calon Umno-BN yang pernah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, individu tersebut adalah bekas Exco Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Hamidah Osman yang dicalonkan sekali lagi di Dun Sungai Rapat.

Menurutnya, Hamidah disiasat atas berhubung isu billboard elektronik beberapa bulan lalu.

“Sebelum ini PAS Perak sudah mendedahkan beberapa kali tentang ada dari kalangan exco kerajaan negeri yang disiasat oleh SPRM dan hari ini kami mendedahkan individu tersebut ialah Dato’ Hamidah Osman,” katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Perak, dekat sini hari ini.

Hadir sama ialah ahli jawatankuasanya, Dr Ahmad Nuri Al-Amin, Safarizal Saleh serta peguam, Mohd Fitri Asmuni.

Jelas beliau, beberapa orang kanannya termasuklah adiknya, Hamizura Osman turut dipanggil oleh SPRM bagi membantu siasatan.

Pejabatnya di Bangunan Kerajan Negeri Perak juga katanya turut dihadiri oleh SPRM dan beberapa barangan termasuklah komputer riba dirampas untuk membantu siasatan.

“Kami mempersoalkan apakah status tentang kes ini yang sehingga hari masih belum ada kenyataan rasmi daripada SPRM,” jelasnya lagi.

Raja Iskandar berkata, PAS hairan adakah Pengerusi BN, Datuk’ Sri Najib Tun Razak benar-benar menapis sebaik mungkin calon-calon sebelum dipilih untuk menjadi calon.

Katanya, adakah Najib melihat Hamidah adalah calon ‘winnable candidate’ walaupun terpalit dengan isu rasuah sehingga menyebabkan beliau disiasat oleh SPRM.

“Masyarakat umum  khususnya di Dun Sungai Rapat mengetahui tentang masalah dan tingkah laku Hamidah yang bersikap provokatif termasuklah mengganggu ceramah PAS dan sebagainya tetapi ianya masih terpilih untuk menjadi calon.

“Tidak mustahil masih ada calon BN yang akan bertanding pada PRU13 ini tidak bersih dan mempunyai pelbagai skandal dan masalah,”jelas Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia.

Calon Parlimen Gopeng dakwa diserang Hamidah


IPOH: Timbalan Pengerusi PKR Perak, Dr Lee Boo Chye mendakwa Calon BN Dun Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman menyerang beliau semalam.

Kejadian itu berlaku di Bilik Gerakan PKR di Taman Tasek Permai, Batu Gajah yang dikatakan berpunca disebabkan rasa tidak puas hati penyokong BN terhadap PKR yang mendirikan bilik gerakan kira-kira 500 meter daripada Pejabat Pusat Khidmat Dun Sungai Rapat yang dijadikan bilik gerakan BN.

Katanya, beliau bergegas ke tempat tersebut selepas menerima panggilan dari petugas bahawa sekumpulan penyokong BN datang membuat gangguan di bilik gerakan PKR itu.

“Apabila Datuk Hamidah hadir, dan kami pun berunding tapi keadaan bertukar kecoh apabila Hamidah bertindak liar dengan merampas perakam video petugas PKR lalu mencampakannya.

“Tidak lama kemudian, Datuk Hamidah bertindak di luar jangka dengan mencekak kolar baju saya,” jelasnya pada sidang medianya di Pejabat PKR Gopeng, Taman Soon Choon Ipoh, hari ini. 

Hadir sama ialah Naib Pengerusi PKR Perak, Chang Lih Kang, dan Yang Dipertua PAS Gopeng,  Abdul Rahim Ariff.

Dr Lee yang juga Calon PKR parlimen Gopeng berkata, beliau rasa sangat terkejut dengan tindakan Hamidah yang disifatnya satu perkara diluar jangkaannya.

Satu laporan polis juga telah dibuat berhubung kejadian itu.

Sehubungan itu beliau menggesa Hamidah memohon maaf kepadanya secara terbuka atas kejadian tersebut dan berharap pihak polis yang turut berada di tempat kejadian dapat menjalankan siasatan secepat mungkin.

Dalam perkembangan berkaitan, calon PAS Dun Sungai Rapat, Ustaz Radzi Zainon melahirkan rasa kecewa dengan tindakan tidak bertanggungjawab yang dilakukan oleh calon Umno itu.

Katanya, Hamidah tidak sewajarnya berbuat demikian kerana beliau adalah bekas Exco kanan Kerajaan Negeri Perak ditambah lagi beliau adalah seorang wanita.

“Sepatutnya kita dapat berbincang bagi menyelesaikan masalah ini, bukan dengan tindakan yang tidak sewajarnya ini.

“Salahkah kami untuk mendirikan bilik gerakan di premis persendirian, kami adalah parti berdaftar yang akan bertading pada pilihanraya ini,” jelas Timbalan Yang Dipertua PAS Gopeng itu.

Berita Ini "Memanaskan" Lagi UmnoBN...

Umno pasti terkejut dengan berita ini..dalam dua tiga hari ini mereka asyik menghentam PR di 6 kerusi yang bertindih di mana PKR bertembung dengan Pas..Namun umno seperti ayam yang berkokok tetapi pungkok bergelumang taik..UmnoBN ada 25 kawasan yang berlawan sesama mereka atas tiket bebas,untuk selesaikan masalah ini adalah sukar kerana berjuang atas dasar kebendaan dan nafsu semata-mata..ha3

Namun PAS dan PKR mempunyai kekuatan dan kerjasama yang utuh demi masa depan PR dalam menuju ke Putrajaya dengan semangat tolak ansur maka kesemua 6 kerusi yang bertindik dapat diselesaikan dengan berhemah seperti..Kerusi Parlimen labuan,DUN Sungai Aceh dan Panti di Johor diserahkan kepada PKR.
Manakala 3 DUN di Trengganu iaitu Bukit Besi,Seberang Takir dan Kota Putra diserahkan untuk ditandingi oleh PAS..Takbirrr,,,

Sunday, April 21, 2013

Masyarakat India Sg Rapat menyokong penuh dan beri penghormatan kepada Ustaz Radzi Zainon dan Dr Lee Boon Chye

Dalam satu pertemuan dialog calon PAS, Ustaz Radzi Zainon untuk Dun N43 Sg Rapat bersama-sama dengan masyarakat India yang diadakan di markaz Taman Maju Rapat petang semalam, rata-rata mereka menyatakan sokongan penuh mereka secara terbuka buat Ustaz Radzi. Begitu juga sokongan mereka bagi Parlimen Gopeng yang ditandingi oleh Dr Lee Boon Chye yang turut hadir sama di dalam dialog tersebut.

Pernyataan sokongan penuh mereka itu di sampaikan oleh ketua masyarakat India di situ yang juga seorang pengerusi tokong Hindu dengan keahlian mencecah 5000 orang. Dalam pernyataannya, Saudara Visanathan berjanji akan berkempen kepada ahli-ahlinya bagi pihak Ustaz Radzi dan juga Dr Lee Boon Chye. Masyarakat India di Sg Rapat menurutnya lagi, sudah tidak mahu menyebelahi parti BN yang secara jelas menekan kehidupan masyarakat apatah lagi masyarakat India.

Ini diburukkan lagi dengan penghinaan bekas Adun Sg Rapat, Dato Hamidah Osman yang pernah mengungkapkan "Jika jumpa ular dan orang India, pukul orang India dahulu".

Di akhir pertemuan, Saudara Visanathan telah bermurah hati untuk mengalungkan jambangan bunga kepada Ustaz Radzi dan juga Dr Lee Boon Chye sebagai tanda penghormatan mereka kepada kedua-dua calon yang akan membantu nasib masyarakat India di sini.