Friday, May 29, 2009

Berbuka Puasa & Mogok Lapar.

Satu majlis berakhirnya program berbuka puasa dan mogok lapar anjuran Pakatan Rakyat telah diadakan di perkarangan pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Perak pada Khamis 28hb. Mei 2009 yang lalu.

Ust. Hj. Ahmad Awang, Lim Guan Eng, Dato' Ngeh Khoo Ham dan Dato' Seri Ir. Hj. Nizar.
Tidak dapat dipastikan dengan jelas status mereka ini....... berpuasa atau tidak....
Ramai dikalangan bukan Islam yang hadir untuk berbuka 'mogok lapar'.
Mantan Ketua Pemuda PAS Perak pun ada.
Muazzin yang didatangkan khas dari negeri pasir dua butir.......
Selamba jer Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng makan nasi menggunakan tangan.
YB Khalil Idham Lim bersama YB Ngeh Khoo Ham.

4 comments:

Atuk Banjar Masin said...

Hasrat DAP berkuasa sepenuh nya untuk memerintah akhirnya tercapai juga. Walaupun hanya sebuah negeri, iaitu P Pinang. Cita2 mereka ini termakbul dengan pertolongan PAS dan PKR. Sangat besar nilai jasa budi PAS dan PKR ini terhadap negara kerana telah menyerahkan P Pinang kepada DAP.

Bah Lontok said...

Orang melayu kena ambil contoh di negeri Perak.

Semasa Pakatan Rakyat perintah, walaupun MB nya Melayu, tetapi Exco nya ada 6 DAP, 3 PKR dan 1 PAS.
Semua jawatan penting cina pegang.

Sekarang di bawah BN perintah, kita cuma lantik 7 EXCO termasuk MB.
7 UMNO(1 wanita), 1 MCA. 1 india dilantik sebagai speaker (walaupun india tiada calun ADUN nya)

Semasa pentadbiran PR tiada EXCO wanita dilantiknya.

Kepada orang melayu yang sedar, kita rakyat Perak sudah terselamat dari bale DAP.

Ini adalah peringatan kepada melayu di negeri2 lain.

Unknown said...

tok gajah dgn Bah lontok ....modal ni dah basi ...tak payah lah nak bagi orang dengo...orang dah meluat dengan perangai UMNO NI...TAK PAYAH NAK BUAT FIGURE BODOH HANG TU...DAP P.PINANG JAUH LEBIH BAIK DARI GERAKAN P.PINANG

7 exco haram UMNO kat perak walau pun melayu..dia adalahn terdiri dari melayu yang tak boleh nak pakai dah...otak semua nya otak pembelit..dah hilang sifat kemelayuan nya..

Lebai Mangkuk said...

PAKATAN RAKYAT sebenar nya tidak pernah ujud. Perkataan 'keji' ini cuma di sebut apabila menghadapi PRU atau PRK sahaja. Tiada lambang parti Pakatan Rakyat yang sah pernah kita lihat. Kerana ianya tidak pernah ujud.

Perkatan Pakatan Rakyat cuma di ujudkan untuk membantu dan menguatkan parti pembangkan melawan parti BN yang memerintah negara. Keujudan perkatan Pakatan Rakyat ini hanya menguntungkan parti DAP dan PKR.

PAS cuma dapat untung segantang, tetapi DAP dan PKR mendapat untung se guni.